Motosikal

BMW MOTORRAD KEMBALI SERTAI EICMA

EICMA merupakan pameran motosikal terbesar dunia sekaligus tidak hairanlah acara itu menjadi platform bagi semua pengeluar, aksesori dan kelengkapan motosikal untuk mempamerkan produk terbaru. 

Bagaimanapun, sejak tahun 2021, beberapa pengeluar telah menarik diri antaranya KTM dan BMW gara-gara pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika itu. 

Namun, EICMA 2024 dijangka akan kembali dengan kehadiran 100 peratus dari pengeluar tatkala BMW Motorrad mengumumkan bahawa mereka akan kembali memeriahkan acara dua roda terbesar dunia itu. 

BMW Motorrad dalam satu kenyataan mengesahkan perkara tersebut. 

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan kehadiran BMW Motorrad di EICMA. Kami tidak sabar untuk merasai kembali pengalaman ini dan berkongsi dengan peminat kami.”

Untuk pengetahuan, EICMA 2024 akan berlangsung pada 5 hingga 10 November 2024. 

Google ads
Back to top button