Motosikal

DUCATI STREETFIGHTER V4 LAMBORGHINI INI TELAH DIPINANG – RM460,900

Ducati Malaysia dengan rasminya memperkenalkan Ducati Streetfighter V4 Lamborghini untuk pasaran tempatan dengan harga jualan RM460,900. 

Pelancaran model serba mewah itu diadakan di Ducati Kuala Lumpur pada Jumaat. 

Untuk rekod, Ducati Streetfighter V4 Lamborghini adalah model khas yang dihasilkan sebagai penghargaan kepada sejarah antara Ducati dan Lamborghini yang merupakan jenama ikonik dari Motor Valley, Itali. 

Mengguna pakai Ducati Streetfighter V4 sebagai asas utama, model ini digabungkan dengan ciri dan elemen penting dari Lamborghini Huracan STO (Super Trofeio Omologata) termasuk rim, panel dan kemasa gentian karbon, serta beberapa aspek lain yang diilhamkan dari Huracan STO. 

Model edisi terhad ini menawarkan 208hp hasil dari enjin Desmosedici Stradale 1,103cc yang sama diguna pakai pada Panigale V4. 

Menariknya, pada acara pelancaran, Ketua Pegawai Operasi Ducati Malaysia, Dennis Michael mendedahkan satu daripada dua unit yang dipasarkan di Malaysia telah pun berjaya dijual. 

Majlis pelancaran tersebut menyaksikan model berkenaan telah diserahkan kepada Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin yang menjadi pemilik pertama model eksklusif tersebut. 

Google ads
Back to top button