Buletin

MCLAREN SENNA – 789hp, RM4.08 JUTA, DIPRODUKSI Q3 2018

McLaren akhirnya memperkenalkan hypercar yang sangat ditunggu-tunggu, Senna. Dikenali dengan kod nama P15 sebelum ini, ia bukanlah model gantian kepada P1. Sebaliknya menjadi model yang akan bergandingan dengan jentera tiga tempat duduk,  BP23. 

Sebagai yang kita boleh jangka, nama itu diambil sempena nama pemandu lagenda F1, Ayrton Senna yang memenangi semua perlumbannya dengan pasukan McLaren pada tahun 1988, 1990 dan 1991. 

McLaren menyifatkan Senna sebagai kereta yang paling ekstrem di atas jalan raya. Maknanya, walaupun ia dibangunkan untuk kegunaan di litar, Senna juga boleh dipandu di atas jalan biasa tanpa sebarang masalah.

“Setiap elemen pada jentera terbaharu Ultimate Series McLaren ini fokus kepada prestasi, memastikan hubungan pemandu dengan mesin dan menawarkan pengalaman yang hanya mampu diberikan oleh McLaren,” kata bos McLaren, Mike Flewitt.

Chasis dan panel badan gentian karbonnya ultra ringan, hanya 1,198kg. Sekali gus menjadi model McLaren paling ringan setakat ini. Ia 220kg lebih ringan berbanding McLaren 720S. 

Senna digerakkan oleh enjin V8 4.0 liter dengan dua pengecas turbo yang mampu menjana kuasa  789hp dan 800Nm tork. Dipadankan dengan kotak gear klac berkembar tujuh kelajuan, ia menawarkan nisbah berat-kuasa 668PS/650hp bagi setiap tan.   

Ia berupaya memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.5 saat dengan kelajuan maksimum 320km/j.

Aspek pengendalian diserahkan kepada suspensi double-wishbone bebas bersama peredam hidraulik adaptif yang turut digunakan pada P1, tetapi telah ditambah baik. Tidak ketinggalan, bar anti oleng yang McLaren namakan sebagai RaceActive Chassis Control II (RCC II). 

Jika pada model P1 dan 720S ada mode pemanduan Comfort, Sport dan Track, Senna ditambah dengan satu lagi mode iaitu Race. Mode berkenaan akan membuatkan jentera menjadi lebih rendah dan suspensi yang lebih keras.

McLaren menyatakan sistem brek Senna adalah yang termaju pernah ia hasilkan untuk kereta jalanannya apabila menggunakan cakera karbon seramik serta teknologi sukan bermotor. Senna jga dipasang dengan tayar Pirelli P Zero Trofeo R yang dibina khas.

McLaren menawarkan Senna pada harga sekitar AS$1 Juta (RM4.08 juta) seunit. Ia akan memulakan produksi pada suku ketiga 2018.

GALERI 

Google ads
Back to top button