Buletin

HARGA VIVA DIKURANGKAN!

Mulai semalam, harga semua varian Perodua Viva (di atas jalan) telah dikurangkan sehingga RM5,300 bagi memberi lebih nilai kepada para pengguna. Ia melibatkan semua 181 outlet Perodua di seluruh negara. 

Perodua-Viva-mekanika (7)

Penurunan harga itu dapat dilaksanakan berikutan inisiatif penjimatan kos yang dilaksanakan oleh Perodua sejak tahun 2011.

Ketika mengumumkan perkara itu, Perodua menyatakan bahawa pihaknya turut memberikan bonus tunai sebanyak RM800 kepada pelanggan yang mendaftar Viva masing-masing di antara 17 Jun hingga 31 Ogos 2014.   

Perodua-Viva-mekanika (3)

“Bukan itu sahaja, mereka juga layak menerima pakej servis percuma selama tiga tahun yang ditawarkan baru-baru ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Anggaran harga di atas jalan untuk Perodua Viva (di Malaysia Barat) adalah seperti berikut:

No Varian Harga Lama Harga Baru Pengurangan
1 AM6BXD RM 25,000 RM 22,000 RM 3,000
2 AM8EXD RM 33,200 RM 27,900 RM 5,300
3 AM1BZD RM 35,200 RM 29,900 RM 5,300
4 AM1GXD RM 38,200 RM 32,900 RM 5,300
5 AM1EZD RM 41,300 RM 36,800 RM 4,500

Perodua-Viva-mekanika (5)

Pengurangan harga ini didakwa mempunyai kaitan dengan langkah Perodua yang dijangka melancarkan model pengganti Viva pada tahun ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button