80 PERATUS PEMBELI PROTON, PERODUA GUNA PINJAMAN 9 TAHUN
Kira-kira 80 peratus pembeli kereta PROTON dan PERODUA memilih tempoh pinjaman sehingga sembilan tahun, malah ada antaranya yang melanjutkan lagi tempoh jika dibenarkan berbuat demikian, demikian menurut AmInvestment Bank.
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan utama kepada demografi berpendapatan sederhana hingga yang lebih rendah.
Malah, katanya bagi segmen masyarakat ini, kenderaan sedemikian bukan hanya sekadar barangan kehendak, sebaliknya barangan keperluan pengguna.
“Perkara yang menjadi keutamaan kepada mereka adalah bayaran ansuran bulanan. Baki keseimbangan kewangan mereka adalah kadar faedah sedia ada.
“Rakyat biasa memantau dengan rapat OPR (Kadar Dasar Semalaman) memandangkan keadaan kewangan mereka adalah sejajar dengannya. Ia adalah antara faktor yang tidak boleh terlepas pandang oleh kerajaan sekarang.
“Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar OPR tidak berubah pada 3.0 peratus sejak Mei tahun lalu,” katanya.
AmInvestment Bank berkata, permohonan dan kelulusan untuk pinjaman kereta ketika ini mengekalkan kadar yang kukuh, terutamanya untuk model Myvi.
Katanya, permintaan untuk kenderaan ini sangat tinggi dengan penghantaran yang tertunggak kembali menjangkau ke tahun sebelumnya, disebabkan pembeli tergesa-gesa untuk membeli didorong oleh keperluan dan kebimbangan yang berlanjutan terhadap potensi kenaikan seterusnya OPR, yang akan meningkatkan kos pemilikan kereta.
Firma penyelidikan itu berkata, pembelian untuk kenderaan terpakai juga masih tinggi ketika ini dan tidak menunjukkan ia terkesan.
Katanya, hal ini kerana pada pertengahan 2023, beberapa pengeluar menghadapi masalah rantaian bekalan, mengakibatkan pengeluaran yang lebih rendah, sekali gus menyebabkan permintaan yang berlebihan ke dalam segmen kereta terpakai.
“Jualan adalah kukuh, tetapi kebanyakannya untuk segmen kereta mampu milik, terutamanya buatan Jepun dan domestik.
“Malah, trend ketika ini juga menunjukkan pembeli mengelak pembelian kereta dengan kapasiti enjin yang besar. Ini mungkin disebabkan kebimbangan mengenai rasionalisasi subsidi bahan api,” katanya.
Katanya, permintaan untuk kenderaan ini sangat tinggi dengan penghantaran yang tertunggak kembali menjangkau ke tahun sebelumnya, disebabkan pembeli tergesa-gesa untuk membeli didorong oleh keperluan dan kebimbangan yang berlanjutan terhadap potensi kenaikan seterusnya OPR, yang akan meningkatkan kos pemilikan kereta.
Firma penyelidikan itu berkata, pembelian untuk kenderaan terpakai juga masih tinggi ketika ini dan tidak menunjukkan ia terkesan.
Katanya, hal ini kerana pada pertengahan 2023, beberapa pengeluar menghadapi masalah rantaian bekalan, mengakibatkan pengeluaran yang lebih rendah, sekali gus menyebabkan permintaan yang berlebihan ke dalam segmen kereta terpakai.
“Jualan adalah kukuh, tetapi kebanyakannya untuk segmen kereta mampu milik, terutamanya buatan Jepun dan domestik.
“Malah, trend ketika ini juga menunjukkan pembeli mengelak pembelian kereta dengan kapasiti enjin yang besar. Ini mungkin disebabkan kebimbangan mengenai rasionalisasi subsidi bahan api,” katanya. – Berita Harian
- BACA: SKRIN SESENTUH MUNGKIN MEMBUNUH ANDA TAPI BUTANG KAWALAN TIDAK – PENDAPAT PAKAR
- BACA: DODGE CHARGER DAYTONA EV SERBA BAHARU – MAU KE DAK SI DOM TU PAKAI NANTI AGAKNYA?
- BACA: 9 INDIVIDU TERKENAL YANG DILARANG DARI BELI FERRARI. BANYAK DUIT PUN TAK GUNA
- BACA: MERCEDES-BENZ A250 4MATIC AMG LINE, AKU MEMANG GANASSSSS