LELAKI INI KONGSI PENGALAMANNYA SETELAH SETAHUN MEMANDU PERODUA BEZZA

SHARE

Catatan ini telah dibuat oleh saudara Saeed Owairan. Beliau telah memiliki kereta Perodua Bezza spesifikasi Advance sejak setahun yang lalu dan menerusi pengalamannya, kami rasa ia mewakili kebanayakan cara pemilik menggunakan kereta ini.

Ia dipandu setiap hari ke tempat kerja, kemudian sekali-sekala pulang ke kampung. Berikut adalah catatan yang beliau kongsikan dalam kelab Bezza.

————————————————————————————————————————————————————————————-

Setahun Saya pakai Bezza Advance ni.
Semua pakai yang standard tak ada ubah apa-apa. Guna untuk ulang alik kerja dekat Senawang dan balik kampung shah alam & Perak.

Untuk yang berkeinginan beli Bezza ini pendapat saya yang mungkin sama untuk kebanyakan orang.

PROS:

1.Jimat minyak untuk long distance. Selalunya boleh dpt 25km/ltre ~ 18km/ltre dpends on cara drive. Kalau area Senawang yang banyak bonggol & traffic light ni saya dapat around 16km/ltre ~ 12km/ltre sahaja. Sebulan belanja minyak saya cuma rm200~300 termasuk kos balik Perak & Shah Alam. Balik shah alam around 100km 1 bar je turun. Balik perak around 290km biasa half tank. Pergi balik cukup full tank. Jimat.

2. Bonet besar, sesuai utk yang bekeluarga. Setakat rak kasut senang je tapau masuk bonet. Nak shopping pun xrisau space. Nak balik kampung lagilah mudah.

3. Turning radius kecik (betul ke istilah ni?). Senang lah nak parking ke keluat parking ke sbab dia pusing tak makan space banyak.

4. Kamera belakang kira jelas. Dah compare dgn honda jazz. Kamera bezza lebih jelas dan terang. Sangat membantu. Lagi2 yang nubis firstime bawak kereta.

5. Kat highway masih boleh pegi 140km/hr ~ 160km/hr. Kire okay lah utk kereta ringan camni.

CONS:

1. Kereta ringan. Lalu lori besar confirm rasa goyang. Hati2 je lah.

2. Seat kurang selesa sebenarnya. Untuk driver mahupun passenger. Ntahlah selalu kena berhenti keluar kete kejap kalau jalan jauh sebab tak selesa duduk.

3. Bunyi angin luar kuat sangat. Kena counter bukak radio kuat2.

4. Kalau lalu bonggol besar, kereta rasa sangat shaky. Tapi standard laa kot bukan kereta mahal.

5. Kereta ni kadang2 rasa accelerate sangat bagus rasa mcm meluncur. Kadang2 rasa mcm semput meneran nak accelerate.. Padahal service smua okay, minyak full kereta jaga elok.

*Tips jimat minyak*

– Saya apply kredit kad yang ada rebate kalau isi petronas. Sbb petronas paling dekat dgn rumah. Bulan2 boleh laa dpt rebat 4~7 ringgit.

– Stiap kali isi full tank. Kurangkan buang minyak sebab nak ke stesen minyak.

– Ubah cara pemanduan. Cara memandu paling banyak effect minyak rasanya.

Itu sahaja pendapat dari saya yang tak tahu banyak pasal kereta.

Share this post

scroll to top