Buletin

PROMOSI HARI RAYA FORD

Sempena kehadiran Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, Ford dan Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini menawarkan rebat tunai sehingga RM13,000 ke atas beberapa model terpilih di seluruh negara sehingga 31 Julai depan.

Ford-Fiesta-mekanika

Pelanggan boleh memilih di antara rebat tunai sehingga RM12,000 jika membeli sebuah Fiesta, RM10,000 bagi pembelian Focus dan RM8,000 untuk EcoSport atau kadar faedah sifar peratus sehingga lima tahun.

Pelanggan yang mengesahkan tempahan sehingga 31 Julai juga akan menerima barangan eksklusif Ford, selagi stok masih ada.

Ford-3S-Juru-mekanika (4)

Sebagai tambahan kepada promosi Raya ini, Ford ada menawarkan pemeriksaan 27 poin kenderaan secara percuma kepada semua pelanggan.

Beberapa model terpilih Ford juga layak  menerima diskaun sebanyak 10 peratus ke atas alat ganti, kos buruh dan pakej tali sawat pemasaan. Mereka yang memilih pakej ‘The Works Fuel Saver’ pula boleh menikmati diskaun sebanyak 15 peratus ke atas minyak enjin Motorcraft dan Castrol serta potongan 10 peratus untuk kos buruh.  

Ford-EcoSport-mekanika

“Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk mendekatkan diri dengan para pelanggan, kami berbesar hati untuk menawarkan rebat tunai, promosi dan diskaun servis. Jadi, lebih ramai rakyat Malaysia boleh pulang ke kampung dengan selamat dan bergaya,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Lee Eu San.

Untuk menikmati tawaran-tawaran ini, pelanggan hanya perlu mendaftar untuk mendapatkan kupon e-mel di www.fordconsumer.com dan serahkannya di mana-mana pusat  servis Ford yang sah.

Maklumat lanjut mengenai promosip-promosi ini, sila layari laman web:  www.ford.com.my atau kunjungi pengedar Ford berhampiran hari ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button