Modifikasi

TOYOTA COROLLA WAGON

Dari sudut sejarahnya, Toyota Corolla Wagon CE96 ini masuk ke pasaran dalam jumlah yang siapa pun tak tau. Kebanyakannya dibawa masuk secara persendirian oleh pelajar yang belajar di Austalia, United Kingdom atau Jepun.

SONY DSC

Sebaik sahaja pemiliknya, Wan dapat kereta ini, dia terus menggantikan enjin asal dengan enjin 4AGE. Tau apa enjin asal? 2E, 1.3 liter karburetor dengan kotak gear empat kelajuan automatik. Apa barang?

Enjin 4AGE 4 throttle itu diambil daripada half-cut Carib yang juga bertransmisi automatik. Β Tetapi kotak gearnya dikahwinkan dari enjin Carina GT 4AJ. Kuasa bertambah sekali ganda dan cukup untuk mengheret rim 15 inci lebar 9 inci dengan ofset -25 ini. Tak ada masalah.

SONY DSC

Enjin menerima pengubahsuaian sedikit demi sedikit dengan pemasangan ARC AirBox induction, plug cable Splitfire 8.8mm dengan plug Denso IK22 TRD, airfilter TRD, fuel pump Supra 1Jz Sn yang paling rare ialah Oil cap TRD Gold sempena ulang tahun ke-30 TRD. Sistem ekzos ditingkatkan dengan pemasangan ekstraktor 4-2-1 Apexi GT, paip Fujitsubo Regalis R FGK dan diakhiri muffler Toda Power Titanium.

Seperti kebanyakan kereta penumpang kargo dengan konsep wagon, bahagian belakang kereta ni menggunakan pegas dedaun (leaf spring). Kalau standard dengan barang banyak memang sedap bawak tapi pengendaliannya out.

SONY DSC

Untuk menstabilkannya, Wan memasang damper TRD soft hard 8 step di belakang. Bahagian depan pula menggunakan adjustable Cusco Zero2. Untuk mendapatkan pengendalian keseluruhan, dia juga memasang 3 point bar TRD, anti-roll bar TRD dan lower arm bar Cusco

Kalau trend JDM mungkin berakhir dengan rim TE37/CE28N, Wan mahukan kelainan dengan memilih Work Equip. Nak lagi rare, saiznya bukan untuk kereta FF, memang untuk FR. Lebih rare lagi, offsetnya negatif besar. Depan bersaiz 15X8 ET-10 dan belakang 15X8 ET-25.

SONY DSC

Ia kemudian dbalut dengan tayar 195/50 melekat nampak tayar macam belon dan rim tersembul keluar. Menyelamatkan rupa bentuk rim negatif ini ialah fender arch yang dibuat daripada keluli betul-betul mengikut saiz dan offset rim Work Equip ini.

Sebagai antara runner Toyota tersohor di KL, Wan mestilah membina sebuah kereta yang rare dan dihormati ramai. Jadi, penampilan wagonnya dibuat berdasarkan beberapa campuran spec berbeza pada bahagian kosmetiknya.

SONY DSC

Pertama ialah grill radiatior ce96 sprinter (sealbeam face) dengan headlamps Raybrig. Bampar depan Toyota AE95 yang dikahwinkan dengan lips AE92 ielo, fender mirror AE92 tu wagon ori dan lain-lain parts ialah lining badan AE95 4WD, bampar belakang AE92 wagon, serta aksesori krom di sana sini.

SONY DSC

Pada bahagian dalaman, kelihatan sebuah bucket seat pemandu SR3. Selebihnya ialah tempat duduk AE95. Kemasan pintu diambil daripada Toyota AE92 GT, stereng momo, dashboard AE111 Carib GT dual airbag, Toms carbon face meter, knob gear Levoc black marble dan karpet getah rare merah tu.

SONY DSC

Saya sebenarnya tak berapa minat dengan Toyota model FF. Tetapi wagon ni memang betul-betul buat jiwa kacau. Sekarang, berserah pada nasib. Kalau jumpa pada harga tak masuk akal memang gua rembat terus. Tak payah pikir panjang. Kalau susah sangat, jual balik beli Hachiroku! Adoi!!!
[hr]GALERI

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button