Buletin

FORD BINA PLATFORM EV BAHARU – LEBIH JIMAT KOS DAN MENGUNTUNGKAN

CEO Ford, Jim Farley, mengumumkan hari ini bahawa pasukan pembangunan baharu yang dikenali sebagai “skunkworks” telah bekerja secara senyap selama dua tahun terakhir untuk membangunkan sebuah platform EV.

Menurutnya, platform ini memberi tumpuan kepada penurunan kos dan akan menjadi asas bagi beberapa kenderaan baharu Ford.

Tambahnya lagi, platform baharu ini merupakan tindak balas kepada pasaran EV yang semakin sengit, terutamanya dengan penurunan harga begitu ketara dari pesaing utama seperti Tesla.

Walaupun Ford melancarkan beberapa model EV dengan harga kompetitif, syarikat masih mengalami kerugian besar, dengan kerugian sekitar AS$4.7 bilion (RM22.4 bilion) pada tahun 2023 dalam segmen kereta elektrik.

Oleh itu, platform baharu dibangunkan oleh pasukan skunkworks ini akan memberi tumpuan kepada pendapatan dan keuntungan.

“Diharapkan generasi baru EV yang dijangka akan hadir pada tahun 2026 menjadi lebih menguntungkan bagi Ford berbanding generasi sebelumnya,” ujarnya.

Google ads
Back to top button