Artikel Pilihan

FORD PATENKAN RAK KARGO MENARIK UNTUK TRAK PIKAP MEREKA – KREATIF DAN PRAKTIKAL

Ford baharu sahaja patenkan inovasi cargo bed baharu untuk trak pikap mereka dan ia bakalkan mudah pengguna membawa barangan yang lebih besar dan tinggi. Agak-agak JPJ kacau tak kalau kat sini gais? Tambah menarik bila ia boleh dilakukan dengan hanya menekan satu butang.

Untuk kegunaan seharian biasa, pagar sisi baharu yang merupakan sebahagian inovasi ini kekal tersorok di dalam dinding ruang kargo. Sebaik butang ditekan, pagar kiri dan kanan akan dinaikkan serentak secara automatik menjadikan dinding ruang kargo menjadi lebih tinggi. Jadi tak bimbang la kalau nak bawa almari ataupun peti sejuk yang lebih tinggi.

Kuat tak pagar ni? Menurut dokumen paten ia boleh menahan sehingga 600 kilogram. Cuma kami tak pasti kalau barangan besar sangat mampu atau tidak pagar ini bertahan tanpa bengkok.

Apa yang menjadikan inovasi ini lebih praktikal ialah pagar ini turut mempunyai bahagian atas yang boleh dipusing mengikut keperluan. Pusing 90 darjah ia akan berfungsi sebagai roof rack yang menhubungkan kedua pagar kiri dan kanan. Jika dipusing 180 darjah, ia akan memanjangkan lagi pagar tersebut ke belakang.

Ford juga menyatakan pagar ini berfungsi untuk membolehkan anda mengikat sebarang kargo untuk mengelakkannya dari tergolongsor sewaktu dipandu. Actuator yang digunakan untuk menaikkan pagar boleh mengetatkan jaring kargo yang digunakan bagi memastikan kargo berada dalam kedudukan selamat.

Rasanya inilah teknologi pertama seumpamanya pernah dipatenkan. Kebanyakan aksesori seperti ini ditawarkan secara manual dan memerlukan pendakap khusus. Ford pula menawarkan teknologi ni secara bina dalam. Lagi kemas dan canggih sebab dioperasikan hanya menggunakan butang kawalan.

Google ads
Back to top button