
FORD KURANGKAN PRODUKSI F-150 LIGHTNING – BERMULA BULAN INI
Pertumbuhan perlahan dalam penggunaan kenderaan elektrik baru-baru ini membuatkan Ford membuat perancangan baharu untuk model keluarannya, F-150 Lightning.
Menurut laporan Automotive News, pembuat kereta itu merancang untuk mengurangkan pengeluaran F-150 Lightning tahun ini.
Ford dilaporkan hanya memproduksi jumlah purata kira-kira 1,600 unit F-150 Lightning setiap minggu di Rouge Electric Vehicle Center, Dearborn, Michigan, bermula pada bulan Januari.
Angka itu adalah separuh daripada sasaran awal Ford, memproduksi 3,200 Lightning.

Tambah Automotive News, Ford juga cuba menyamai ‘permintaan pasaran yang berubah-ubah’, dan akan memadankan pengeluaran dengan permintaan pelanggan.
Walaupun pengeluaran yang perlahan, Ford berjaya menjual 20,365 F-150 Lightnings tahun 2023, menandakan peningkatan 54 peratus berbanding tahun lepas.
Disember lalu, Ford mendedahkan hanya separuh daripada pengedar mereka di Amerika Syarikat bersedia untuk menjual kereta elektrik menjelang 2024.
Harga EV yang agak tinggi dan jualan perlahan bagi F-150 Lightning membuatkan peniaga berhati-hati terhadap pelaburan utama dalam infrastruktur seperti pengecasan dan latihan kakitangan.