Buletin

SUPRA GRMN 395HP MUNGKIN AKAN MUNCUL TAHUN INI

Menurut laporan media Jepun, Toyota bakal memperkenalkan versi Supra yang lebih laju dengan kuasa 395hp sebelum akhir tahun ini.

Best car web mendakwa ia mendapat maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa Supra versi GRMN akan tiba tidak lama lagi.

Mengulas mengenai khabar angin itu, Toyota North America mengakui mereka tidak tahu menahu tentang kereta tersebut.

Selain penambahan kuasa, Supra GRMN dikatakan lebih ringan kerana ia menggunakan komponen gentian karbon. Badannya dikukuhkan lagi berbanding model terdahulu dan kit badan juga tampil lebih agresif. 

Namun, Supra GRMN berkemungkinan besar tidak dipasang dengan kotak gear manual. Biarpun begitu, Toyota mengakui boleh menghasilkan model lebih berkuasa dengan transmisi manual, tetapi bukanlah dihasilkan sekali gus. 

Bagi dipadankan dengan naik taraf enjin, Toyota akan membuat talaan khas pada sistem suspensi dalam usaha meningkatkan lagi keupayaan pengendaliannya.

Sekiranya model tersebut berjaya memasuki pasaran, ia akan menerima perubahan pada rupa bentuk luaran. Misalnya pada bahagian bampar hadapan dan belakang untuk membezakannya dengan model sedia ada.

Tahun lalu, Ketua Jurutera Toyota Supra, Tetsuya Tada berkata pihaknya mempunyai kepayaan untuk menghasil varian baharu Supra baharu setiap tahun.

Tags
Google ads
Back to top button