Artikel Pilihan

KENAPA FERRARI PILIH ENJIN V6 BERBANDING V12 UNTUK F80 BAHARU – KE SEBAB CUKAI JALAN MAHAL SANGAT?

Ramai peminat Ferrari terkejut bila hypercar terbaru F80 gunakan enjin V6 dan bukannya V12 sebagaimana tradisi Ferrari sebelum ini. Malah SUV Ferrari, Purosangue turut menggunakan enjin V12. Dah tentu la model flagship patut guna enjin yang sama. Ko guano?

Tapi kena ingat yang enjin V6 F80 ni bukan enjin biasa-biasa. Ia mempunyai pengecas turbo berkembar dan mempunyai jumlah selinder yang sama dengan 296 GTB. Kurang dua selinder je dari SF90 dengan enjin V8.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Ferrari, Enrico Galliera, mereka mempunyai aladan yang munasabah tentang penggunaan enjin V6 dan bukannya V12. Sebabnya ialah mereka memilih untuk memasang enjin yang paling maju dan paling berkuasa untuk Ferrari F80. Haa… sekarang faham tak? Keputusan dari sudut kejuruteraan jauh lagi penting dari nostalgia masa lalu. Itu belum campur bab perundangan emisi yang semakin ketat hari demi hari.

Mereka sudah berfikir sama ada untuk menggunakan enjin ikonik V12 ataupun enjin paling berkuasa V6 dan keputusan sebulat suara memilih enjin paling berkuasa. Galliera memberi penjelasan sewaktu ditanya Auto Express.

Ia merupakan penjelasan paling munasabah. Model terbaik ataupun flagship mesti dibekalkan dengan enjin paling berkuasa. Tengoklah F40 satu ketika dahuluyang turut dikuasakan enjin V8 turbo berkembar. Keputusan sama juga dibuat ketika memilih kuasa sokongan sama ada elektrik ataupun hibrid plug-in.

Walaupun F80 berkongsi asas rekaan 296 GTB tapi ia jelas sekali bukan kerja semudah potong dan tampal. Meminjam teknologi enjin 499 P hypercar yang menjuarai perlumbaan Le Mans, enjin F80 berupaya menjana 887 hp berbanding enjin 6.5L V12 Cilindri yang hanya menghasilkan 819 hp.

Kuasa F80 kemudian dipertingkatkan lagi dengan penambahan tiga unit motor elektrik sekaligus melonjakkan kuasa maksima ke 1,184 hp! Catatan masa 0-100 kmj dalam masa 2.15 saat membuktikan ia lebih cepat daro McLaren W1 yang mempunyai kuasa maksima 1,258 hp.

Nak tempah ke? Tak payah la sebab kesemua 799 unit yang bakal dikeluarkan telah pun habis terjual sebelum pelancarannya. Nampaknya pelanggan Ferrari yang kaya raya tak peduli pun pasal kenapa jumlah selinder semakin berkurangan.

Google ads
Back to top button