Buletin

100 BUAH KERETA TERBAKAR AKIBAT LITAR PINTAS, KESAN DARIPADA TAUFAN JEBI

Taufan Jebi yang melanda Jepun baru-baru ini disifatkan sebagai ribut paling teruk pernah dialami oleh negara tersebut sejak tahun 1993.

Ia merupakan taufan kali ketujuh pada tahun ini yang mencatat rekod angin dan hujan paling tinggi. Pihak berkuasa Jepun juga menjangkakan lebih banyak banjir dan tanah runtuh akan berlaku nanti.

Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya tujuh kematian dan lebih 700 orang cedera, angka rasmi bagaimanapun masih belum dikeluarkan. Kerosakan serius turut berlaku pada bangunan, infratruktur jalan dan kenderaan.

Berdasarkan kepada gambar-gambar dan klip video yang dikongsi di laman sosial, kita boleh lihat bumbung bangunan diterbangkan angin, banjir berlaku di mana-mana, kapal tersadai ke darat, kereta terbalik dan dihanyutkan air.

Satu tapak penyimpanan di bandar Nishinomiya, wilayah Hyogo menyaksikan sekurang-kurangnya 100 kereta terbakar. Kebakaran itu didakwa berlaku kerana litar pintas akibat air banjir terkena kabel elektrik.

“Pihak polis telah dimaklumkan tentang kebakaran itu itu kira-kira jam 3 petang Selasa lalu. Perincian kebakaran masih belum dikeluarkan.

“Video yang dirakam oleh sebuah helokopter NHK menunjukkan api dan asap hitam menjulang ke udara. Pasukan bomba dikejarkan ke lokasi dan mula menyembur air,” lapor agensi berita NHK.

Taufan Jebi kini dilapor semakin lemah dan bergerak ke bahagian utara Jepun, sebelum menuju ke arah laut.

kredit foto: Autoevolution

Google ads
Back to top button