Artikel PilihanMotosikal

KENAPA JORGE LORENZO MEMPUNYAI SEJUMLAH BESAR ‘HATERS’? – ADAKAH SEBAB BELIAU TAK ADA SPM?

Jorge Lorenzo memang salah seorang pelumba MotoGP moden terbaik tetapi kenapa ramai peminat tidak begitu gemarkannya. Nak kata tak hensem, mukanya memang sikit ‘kureng’ la kalau banding dengan Pak Amid. Kalau sebab gaya menunggang, Marquez lagi kurang sopan dan melulu walaupun bukan selalu. Tapi itulah nasib insan yang bernama Jorge Lorenzo.

Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang kami rasakan telah membuat beliau kurang digemari peminat MotoGP. Satu ialah kerana gaya berlumbanya yang agak biasa (peminat sebenarnya sukakan aksi-aksi bahaya seperti yang dilakukan oleh Marquez), memek muka beliau yang kelihatan sombong dan komen-komen pedas yang selalu diluahkan bila ditemubual oleh media.

Kegagalan beliau mencari kemenangan bersama Ducati Corse musim lalu begitu diperbesarkan pihak media seolah-olah ia perkara besar sedangkan ramai lagi pelumba lain di luar sana yang jauh bernasib lebih malang.

Puncanya mungkin dari beliau sendiri yang pernah mengatakan pihak media seolah mengemis perhatian dan hanya bergantung kepada peminat-peminat Rossi yang memang tidak terbilang jumlahnya dalam mengharapkan sokongan terhadap berita yang dilaporkan. Hasilnya membuatkan banyak pihak media berkecil hati dan menjadikan Lorenzo seperti musuh bersama kepada semua peminat MotoGP.

Balik kepada Valentino Rossi yang merupakan lagenda MotoGp selain Marc Marquez yang sudah seperti bangsawan MotoGP, Lorenzo sendiri disifatkan sebagai punca merosotnya prestasi The Doctor dalam arena MotoGP. Ini kerana Lorenzo pernah mengalahkan Rossi empat kali dalam perlumbaan yang cukup bermakna.

Pertama ialah kemenangan yang membuatkan Rossi keluar dari Yamaha satu masa dulu (Pasukan yang dinaikkan namanya oleh Rossi sendiri) dan kali kedua ialah bila Rossi kembali ke pangkuan Yamaha dan kalah sekali lagi kepada Lorenzo.

BACA: VALENTINO ROSSI PERKENAL TOPI KELEDAR EDISI ISTIMEWA ‘BACK TO MISANO’

Kali keempat ialah konflik yang mengakibatkan pasukan Factory Yamaha melepaskan Rossi ke Ducati sedangkan pada masa yang sama mereka masih memerlukan Rossi yang merupakan satu nama besar dalam MotoGP. Dan kali keempat, lihat sahaja betapa gahnya kedudukan masa sekarang bila Lorenzo mencatat satu demi satu kemenangan dengan menunggang jentera Ducati (walaupun dalam musim terakhir bersama).

Namun begitu para peminat fanatik Rossi masih menganggap beliau tidak setanding dengan pencapaian Rossi semasa bersama Ducati. Lorenzo memang dibuli oleh pihak pengurusan Ducati sebelum tetapi tiada siapa tahun keadaan Rossi bersama Ducati sebelum ini. Adakah sama atau sebaliknya.

Tapi kalau dinilai dari segi prestasi dua tiga tahun ke belakangan ini, prestasi Lorenzo memang tidak banyak berbeza dengan Rossi. Sayangnya banyak pihak menganggap beliau membuat kesilapan dengan memilih musuh yang salah dan mengalahkan Rossi yang merupakan lagenda hidup MotoGP.

Kami pun tidak sabar melihat bagaimana kedudukan Lorenzo musim hadapan bersama Repsol Honda. Adakah beliau akan mengubah lanskap MotoGP atau mungkin juga mempunyai seteru baru, Marc Marquez?

Google ads
Back to top button