
Buletin
15 MAUT NAHAS BAS BAWA PELAJAR UPSI DI GERIK
Sekurang-kurangnya 15 individu dilaporkan maut dalam nahas membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding di sini, awal pagi Isnin.
Difahamkan, nahas yang berlaku sekitar jam 1 pagi itu melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, laporan kemalangan tersebut melibatkan 48 mangsa.
“Kematian melibatkan 13 mangsa di lokasi kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia di hospital.“
Setakat ini, tujuh mangsa berada dalam zon merah, 20 mangsa di zon kuning dan 16 mangsa di zon hijau di Hospital Gerik,” katanya. – Sinar Harian
- BACA: DITAMBAH BAIK, KEEWAY RKR250 LANCAR HUJUNG TAHUN INI – 31.5HP, RM13,888
- BACA: KOLEKSI KERETA-KERETA MENARIK CHRISTIAN VON KOENIGSEGG – HAMPIR SAMA DENGAN ABANG JAPAR DIK
- BACA: GUNTHER WERKS TUBUH JENAMA BAHARU GW9, PROJEK PERTAMA PORSCHE 911 (992.1) TURBO S!
- BACA: CEO KENA SCAM BAYAR USD5.4 JUTA UNTUK AMG ONE – KERAS BETUL BAYARANNYA