Buletin

40 REMAJA BERTUAH TERPILIH UNTUK PROJEK KBS MiniGP!

Minggu pertama yang sudah berlalu bagi program KBS MiniGP Academy telah memperlihatkan ramai para peserta yang hadir sesi uji bakat, dimana seramai 40 orang pelatih akhirnya terpilih bagi menjalani program latihan selama satu bulan yang bertempat di litar lumba Tangkak.

Program yang dijalankan selama satu bulan ini dilaksanakan khususnya pada hujung minggu bermula pada hari Sabtu dan Ahad, di mana para pelatih perlu hadir dan melengkapkan kesemua silibus program yang telah ditetapkan.

Para pelatih yang terpilih turut diberikan bekalan peralatan khas untuk program tersebut hasil usaha dari pihak pengurusan akademi yang memfokuskan perjalanan program yang berkualiti dan berkesan.

Kehadiran para pelatih seramai 40 orang itu disokong padu oleh ibu bapa mereka yang turut serta dalam menjalani program dibawah kelolaan akademi dan ini membuktikan mereka komited terhadap proses pembentukan anak-anak yang terlibat.

Para pelatih akan didedahkan dengan kelas teori dan praktikal yang boleh membantu mereka untuk meningkatkan daya kefahaman mereka dalam menjadi seorang atlit sukan permotoran yang lebih profesional.

Kelas seperti komunikasi dan media juga turut diterapkan kepada para pelatih bagi mempersediakan mereka untuk menghadapi situasi sebenar yang akan berlaku sewaktu minggu perlumbaan dan sebagainya.

Ini merupakan salah satu misi yang diketengahkan oleh pihak akademi di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan bagi melatih para atlet untuk mempunyai pakej yang lebih lengkap bukan sekadar gah didalam arena perlumbaan atau pertandingan.

Dipetik dalam satu kenyataan sewaktu hari pelancaran akademi pada 23 November yang lalu, pengarah program iaitu Dato Haniff Borhan berkata tujuan program ini bukan sahaja bagi membentuk pelatih itu sahaja, malah ia juga turut berfungsi untuk melatih sistem sokongan kepada seorang atlit itu yang bermula dari ibu bapa dan penjaga itu sendiri.

Mereka digalakkan untuk berkomunikasi bersama para jurulatih dan tetamu jemputan yang akan memberikan perkongsian khusus dalam bidang masing-masing.

Minggu kedua program dilihat sebagai penanda aras buat kejayaan pergerakan program di akademi ini apabila kesemua pelatih hadir tepat  dan lebih awal dari waktunya dan hadir dengan semangat yang tinggi untuk menjalani latihan mereka.

Ada diantara mereka yang telah berada di perkarangan pusat latihan sebelum pagar utama dibuka lagi; justeri itu pihak pengurusan akademi memuji kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pelatih dan ibu bapa serta penjaga yang terlibat dalam memberi komitmen terhadap program latihan KBS MiniGP Academy ini.

Minggu kedua latihan dijangka akan melibatkan banyak agensi-agensi luar yang dapat memberikan manfaat berpanjangan untuk pembentukan kerjaya para pelatih yang terlibat dalam sukan permotoran.

GALERI

Google ads
Back to top button