,
Buletin

LEGO HASILKAN NISSAN GT-R NISMO. MULA DIJUAL JANUARI 2020

Lego Group baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan melancarkan replika Nissan GT-R NISMO pada Januari 2020. Ini merupakan kerjasama pertama di antara Lego dan Nissan Motor Co.

Supercar dengan enjin pengecas turbo itu akan menjadi model terbaharu dalam siri Speed Champions Lego. Sebelum ini siri tersebut menampilkan kereta sports popular keluaran Porsche, Ford, Lamborghini dan Ferrari.

Kit Lego Nissan GT-R hadir dalam 298 keping blok yang direka sempurna, lengkap dengan lampu belakang ikonik dan pelbagai perincian lain.

“Selain menawarkan pengalaman memasang blok-blok yang menyeronokkan ini, kami harap model GT-R ini akan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk belajar tentang kejuruteraan dan mencipta sesuatu dalam kehidupan sebenar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Lego, Niels Christiansen.

Model baharu itu didedahkan di ibu pejabat Nissan di Yokohama, Jepun.

Untuk makluman GT-R generasi sekarang sudah diproduksi selama 10 tahun dan kekal kompetitif. Dengan kuasa 600hp, ia mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa hanya 3.0 saat.  

Tags
Google ads
Back to top button