Buletin

BERMULA DI PETAK 26, TAMAT DI TEMPAT KE-7.

Terdapat tiga penyertaan dari pasukan Proton R3 bagi perlumbaan S1K pada tahun ini dan kereta ketiga terdiri daripada pasukan wanita.

Nurul Husna dan Faye Kusairi dipilih melalui peraduan Pencarian Pemandu Wanita MSF-R3 yang memberi peluang kepada pelumba-pelumba wanita yang bercita-cita untuk bersaing di dalam perlumbaan S1K.

Pemandu utama pasukan itu ialah Leona Chin, merupakan pelumba wanita terpantas di Malaysia.

Isu teknikal yang berlaku semasa pusingan kelayakan membuatkan pasukan Proton Saga 2019 memulakan perlumbaan di kedudukan ke-26.

Walaupun begitu, pelumba-pelumba wanita tersebut mempamerkan kemahiran dan semangat mereka yang luar biasa di mana akhirnya mereka menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh secara keseluruhan dan yang pertama di kalangan semua pemandu wanita.

“Pemandu-pemandu wanita kami menunjukkan prestasi yang begitu baik dan kami sangat bangga dengan pencapaian mereka. Dengan menduduki tempat ketujuh, mereka telah membuktikan keupayaan mereka untuk
bersaing di arena sukan permotoran yang didominasikan oleh lelaki dan PROTON bangga telah memberikan peluang kepada wanita-wanita di Malaysia untuk menonjolkan bakat mereka,” kata Dr. Li Chunrong.

Bak kata pepatah “menang pada hari Ahad, jual pada hari Isnin” merujuk kepada pepatah lama yang begitu lazim dengan dunia permotoran. Dengan kejayaan yang dicapai di dalam litar, produk-produk yang terlibat akan mencipta imej positif sekaligus membantu meningkatkan prestasi jualan.

“Dengan kemenangan sebanyak lima kali di 11 edisi perlumbaan S1K, PROTON membuktikan penguasaannya pada acara itu. Perlumbaan sejauh 1,000km memerlukan kelajuan serta kebolehpercayaan dan model-model kami lengkap dengan kedua-dua ciri tersebut.

“Kami belajar melalui perlumbaan-perlumbaan terdahulu dan kemudiannya menambah baik di dalam produk kami demi menghasilkan kereta yang lebih baik.

“Kejayaan Iriz dan Saga 2019 dalam sukan permotoran membantu meningkatkan imej setiap model dan hasilnya, jualan Iriz meningkat sebanyak tiga kali ganda manakala Saga telah mencapai lebih daripada 35,000 tempahan sejak model itu dilancarkan,” tambah Dr. Li Chunrong.

Google ads
Back to top button