Buletin

BOSCH CAR TALK SHOW SAJI TIPS PENJAGAAN KENDERAAN. HADIAH MENARIK MENANTI PENONTON SABTU INI

Bosch Automotive Aftermarket akan membawakan rancangan Bosch Car Talk Show yang menampilkan pakar-pakar industri automotif pada 11 Disember ini.

Program berkenaan akan dilangsungkan selama satu jam bermula pada pukul 8 malam melalui platform Facebook Bosch Autoparts dan laman rasmi Bosch Autoparts di Shopee.

Para penonton bual bicara automotif itu akan disajikan dengan dua segmen utama yang dikendalikan pakar-pakar automotif berhubung penjagaan kenderaan.

Mereka akan menawarkan pengetahuan hands-on secara eksklusif berhubung pemilihan alat ganti kenderaan sesuai, menampilkan penyelesaian automotif termasuk produk Bosch seperti bateri kereta Bosch, minyak enjin dan wiper Bosch Aerotwin Retrofit.

Para panel jemputan termasuk Pakar Produk Bosch, Mohd. Rydzyuan yang akan membicarakan mengenai penyelenggaraan dan wiper kereta.

Mohd. Rydzyuan bakal mempertontonkan tanda-tanda mengapa wiper perlu ditukar, bagaimana hendak memastikan bilah wiper dalam keadaan baik, demonstrasi penukaran wiper, bateri serta enjin minyak Bosch.

Selain itu, terdapat segmen eksklusif yang membincangkan mengenai penyelenggaraan kereta dan asas bengkel dikendalikan Adrian Mak.

Bosch Car Service NSS Group pula akan memberi tumpuan terhadap kesilapan-kesilapan yang boleh mendatangkan risiko kepada kenderaan dan pemandu, mengapa penyelenggaraan penting untuk memastikan kereta tidak rosak dan mengekalkan kondisi kenderaan serta tips selenggara kenderaan.

Para penonton juga berpeluang memenangi sebanyak 25 baucar bernilai RM50 Bosch daripada Shopee, Bosch Engine Oil dan Bosch C7 Battery Charger serta hadiah cabutan bertuah Apple iPad mini dengan mengambil bahagian dalam segmen menjawab soalan.

Bukan itu sahaja, para penonton turut akan memperoleh baucar Bosch bernilai RM20 daripada Shopee dengan mengikuti Bosch Car Talk Show.

Mereka yang ingin mengambil bahagian dalam Bosch Car Talk Show pada 11 Disember ini bermula pada pukul 8 sehingga 9 malam boleh melayari laman Facebook Bosch Autoparts https://www.facebook.com/BoschAA.MY/ dan stor rasmi Bosch Autoparts di Shopee https://shopee.com.my/boschautoparts.os.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Bosch boleh mengunjungi Bosch Car Servuce atau wakil-wakil pengedar Bosch https://bit.ly/MYDealers.

Google ads
Back to top button