
5 FAKTA MENARIK FILEM F1 – LAKONAN BRAD PITT
Kali terakhir Hollywood menghasilkan filem yang cukup mengujakan berkenaan perlumbaan F1 ialah pada tahun 2013 dengan filem yang bertajuk Rush. Walaupun ada filem aksi sampah kereta kereta lain seperti Fast&Furious, tidak banyak filem berkenaan perlumbaan yang dihasilkan dalam 10 tahun lepas melainkan Ford vs Ferrari dan juga Gran Turismo
Filem terbaru berkisar perlumbaan F1 dibintangi oleh Brad Pitt akan mula ditayangkan pada pertengahan musim panas 2025, dihasilkan dengan kerjasama 2 studio besar iaitu Warner Bros dan juga Apple Original Films.
Filem ini akan turut dibintangi oleh pelakon lain seperti Damson Idris, Kerry Condon, Javier Bardem, Abdul Salis, dan juga Will Merrick. Filem ini berkisar mengenai seorang pelumba F1 yang telah bersara, memutuskan untuk kembali ke arena perlumbaan bersama pasukan baru dikenali dengan nama APXGP
Kami bawakan kepada anda beberapa fakta menarik berkenaan dengan filem ini:
1. Jentera APXGP walaupun nampak seperti sebuah jentera F1 terkini, ia adalah jentera F2 dari musim 2022 dengan cesi dibina oleh Dallara. Jentera ini didedahkan pada umum sempena GP British 2023. Walaupun direka dengan teliti, ia tidak boleh menggunakan tayar F1 sebenar disebabkan limitasi pada cesi.
2. Untuk menghasilkan babak perlumbaan yang realistik, pembuat filem menggunakan keratan filem yang diambil daripada video yang digunakan pada kereta F1 sebenar, semasa perlumbaan sebenar. Salah satu babak melibatkan selekoh Eau Rouge di Litar Spa-Francorchamps diambil daripada jentera Pierre Gasly

3. Pembantu penerbit filem ini ialah Lewis Hamilton sendiri, selain bertindak memberi khidmat nasihat teknikal Lewis juga melatih Brad Pitt dan Damson Idris selama 3 bulan bagi menyediakan semua pelakon untuk watak pelumba yang sebenar termasuklah seni memandu jentera F1.
4. Bagi menjadikan filem ini nampak pelbih hidup, pengarah filem iaitu Joseph Kosinski telah membuat rakaman sebenar sewaktu perlumbaan berlangsung di pelbagai litar, dengan krew perlumbaan sebenar, pelumba F1 sebenar serta pasukan F1 sebenar. Semua ini dibuat dengan kerjasama dari FIA sendiri.
5. Pengarah iaitu Joseph Kosinski dipilih selepas kejayaannya mengarah filem Top Gun: Maverick, membantu membawa konsep filem aksi perlumbaan yang laju pada skrin wayang dengan realistik sekali. Selain kreativiti pengarah, penggunaan kamera rakaman berteknologi tinggi mampu merakam aksi perlumbaan dengan baik dan teliti