Buletin

POLESTAR 6 BST CONCEPT – DIDEDAHKAN SECARA ISTIMEWA DI GOODWOOD FESTIVAL OF SPEED

Polestar telah mempamerkan rangkaian model istimewa mereka ketika pertunjukan Goodwood Festival of Speed meliputi model Polestar 3 dan juga Polestar 4 serta tidak lupa model Polestar 2. Dan paling penting, Polestar juga turut mempamerkan debut model konsep yang paling mencuri tumpuan, Polestar 6 BST, sebuah model roadster konsep elektrik.

Menurut Thomas Ingenlath, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Polestar berkata, “Sekarang ini kami adalah jenama dengan tiga model yang sedang dalam produksi. Ianya sangat menggembirakan untuk melihat ketiga – tiga model ini di sini bersama buat kali pertama di acara global. Goodwood Festival of Speed yang ​​penuh dengan kereta yang paling menarik dan pengunjung yang cukup mengujakan. Jadi ia adalah tempat yang sesuai untuk kami mempamerkan model konsep Polestar BST. Kereta ini adalah demonstrasi sejauh mana kami boleh meningkatkan jenama prestasi kami – Polestar meningkat kepada 11, jika anda mahu – dan demonstrasi bagaimana kami boleh menggunakan formula BST pada barisan kami pada masa hadapan.”

Model konsep Polestar 6 BST ini menampilkan kerja badan yang ditempah khas serta dilayangkan dengan warna tema sukan permotoran yang klasik. Perak. Reka bentuk badan dengan lengkungan berotot berserta sisi badan yang lebih lebar membuatkannya kelihatan cukup sporty.

Penggunaan roda aloi tempaan berdiameter 22 inci menambah lagi rupa sporty dan garang model yang boleh dibuat bumbung ini. Bonet yang dioptimumkan secara aerodinamik, dengan reka bentuk pengudaraan yang unik, dibingkai oleh pembahagi hadapan yang agresif.

Tema sukan permotoran diteruskan di bahagian belakang dengan sayap belakang yang mungkin kelihatan sedikit ekstrem serta reka bentuk yang dilengkapkan oleh rekaan grafik yang diilhamkan daripada livery perlumbaan yang tidak terlalu menonjol di bahagian sisi badan kereta.

Adalah dijangkankan model Polestar 6 ini akan mula memasuki produksi penuh bermula 2026 nanti dengan roadster elektrik ini akan menggunakan dwi-motor elektrik pacuan semua roda yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 884 HP. Khabarnya model ini dibangunkan berdasarkan platform Polestar 5.

BACA : POLESTAR 2 FACELIFT RASMI – VARIAN RWD & AWD, KUASA CECAH 455 HP

BACA : POLESTAR DAN STOREDOT BERJAYA CAS PROTOTAIP POLESTAR 5 DARI 10 – 80% DALAM 10 MINIT!

Google ads

B K

Back to top button