Buletin

50 TAHUN AMG – MERCEDES-BENZ CARS UK SAMBUT DI GOODWOOD

Tahun ini AMG berusia 50 tahun. Satu jangka masa yang lama untuk sebuah rumah talaan yang di asaskan oleh bekas jurutera Mercedes-Benz itu. Nama AMG adalah kombinasi Aufrecht dan Melcher iaitu dua orang pengasasnya yang digabungkan dengan Großaspach iaitu tempat kelahiran Aufrecht.

Lebih menarik, AMG bermula dengan menala enjin serta kereta buatan Mercedes-Benz secara bebas dan kontrak selama berpuluh-puluh tahun sehinggalah pada 1 Januari 1999 apabila 51 peratus dibeli oleh DaimlerChrysler. Selepas itu adalah sejarah gemilang dan kita boleh lihat bagaimana AMG berkembang hinggakan mempunyai model prestasi khusus yang dijenamakan sebagai Mercedes-AMG.

Juga menarik, AMG turut membekalkan enjin untuk Pagani dan kemahiran teknikal kepada Aston Martin.

Sempena 50 tahun ulangtahun AMG, Mercedes-Benz akan menyambutnya di satu acara istimewa iaitu Festival Kelajuan Goodwood atau Goodwood Festival of Speed. Tahun ini sememangnya istimewa apabila AMG bakal mempamerkan model-model ikonik sepanjang penubuhannya dan juga AMG GT Concept yang pertama kali dipertontonkan di UK.

Berikut ialah di antara model-model ikonik AMG dan Mercedes-Benz yang bakal dipamerkan:

  • Mercedes-Simplex 40PS 1902
  • W 25 1934 – Model pertama Silver Arrows
  • W 125 1937 Model kedua Silver Arrows
  • Replika 300 SEL 6.8 atau Red Pig – Versi asal model ini bertanding dalam perlumbaan 24 jam tahun 1971 di Spa (Spa Francorchamps) dan mendapat tempat kedua mengalahkan kereta sport lain.
  • Dua buah C-Class DTM tahun 1994 dan 2005
  • E 63 S 4MATIC Saloon 612 hp
  • AMG GT R
  • GT C Roadster
  • SLS AMG Black Series

Selain model jalanan dan lumba, Nico Rosberg yang merupakan juara F1 2016 akan turut tampil dengan kereta lumba Mercedes-AMG Petronas Motorsport F1 W05 Hybrid. Beliau akan memandu kereta itu pada Ahad manakala Valtteri Bottas pula pada Sabtu.

Festival Goodwood kini sudah memasuki tahun ke 24 penganjuran dan ia bakal dianjurkan dari 29 Jun hingga 2 Julai depan. Penganjur menjangkakan 150,000 pengunjung dari serata dunia akan hadir ke salah satu acara terbesar permotoran ini.

Lagi berita menarik tentang Mercedes-Benz:

KERANA KEHILANGAN KUNCI 20 TAHUN LALU, MERCEDES SL500 INI KEKAL MACAM KERETA BARU

EDISI TERHAD SEMPENA ULANGTAHUN KE 50 MERCEDES-AMG – 50 UNIT, MAAF UNTUK JEPUN SAHAJA

Google ads
Back to top button