Buletin

MARI SAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA HAVAL

PENGEDAR eksklusif jenama Haval di Malaysia, GO Auto melancarkan tawaran istimewa kepada bakal pembeli kenderaan utility sukan (SUV) menerusi Promosi Hari Raya Aidilfitri Haval- ‘Jalan-Jalan Raya With Haval’ yang bermula 29 Mei – 25 Jun ini. 

Pembeli yang menempah model terpilih Haval sepanjang tempoh berkenaan berpeluang menikmati ganjaran menarik seperti baucar membeli-belah AEON, baucar KFC, Touch N Go dan BHP Petrol, termasuk duit raya! Kesemuanya bernilai sehingga RM2,900!

BACA: HAVAL TAWAR WARANTI 7 TAHUN!

Selain itu, orang ramai turut dijemput ke Hari Terbuka dengan mengunjungi mana-mana 25 bilik pameran Haval di seluruh Negara bagi memandu uji kenderaan Haval dan nikmati pelbagai promosi hebat sedang dijalankan.

Pengarah Eksekutif Go Auto, Dato’ SM Azli Tan Sri SM Nasimuddin Kamil, pihaknya ingin menjemput orang ramai ke bilik pameran Haval dan memandu uji serta merasai pengalaman sebenar kenderaan Haval.

“ Promosi yang dijalankan bukan sekadar mahu menggembirakan mereka mamandu pulang kenderaan baharu, tetapi kami tambahkan keriangan dengan pemberian baucar dan hadiah untuk dinikmati serta diraikan bersama keluarga tercinta semasa berjalan sepanjang bulan Syawal”.

” Pastikan anda tidak lepaskan peluang menikmati pelbagai promosi istimewa yang bernilai sehingga RM2,900 daripada Haval dan bawa pulang kereta baharu untuk diraikan bersama keluarga tercinta pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini,” katanya lagi.

Go Auto ketika ini mempertaruhkan dua model SUV Haval di pasaran Malaysia, iaitu Haval H1 dan Haval H2.

Menarik tentang Haval H1, model ini ialah SUV pertama di Malaysia yang mendapat status kenderaan cekap tenaga (EEV) dan ditawarkan dengan waranti selama 7 tahun.

Sementaraitu, HAVAL H2 pula menampilkan enjin 1.5 liter VVT Pengecas Turbo berkuasa 147hp @ 5,600rpm dantork 210Nm (4,500rpm) dengan pilihan transmisi manual (MT) 6-kelajuan dan automatik (AT) 6-kelajuan.

Google ads
Back to top button