Artikel Pilihan

50000 GELEN AIR DIPERLUKAN UNTUK PADAM KEBAKARAN TRAK TESLA SEMI – NGERI WEH

Kebakaran kenderaan elektrik ataupun EV memang sangat ditakuti pada masa kini. Berbeza dari kebakaran kenderaan biasa, EV biasanya terbakar dalam jangka masa yang lebih lama dengan suhu nyalaan yang lebih panas sehingga mencecah 500 darjah Celcius.

Kemalangan sebuah trak EV Tesla Semi di California bulan lepas memaksa pasukan bomba menggunakan lebih 50,000 gelen air untuk memadamkan kebakaran yang tercetus. Tak cukup dengan jumlah tersebut pihak National Transportation Safety Board (NTSB) turut meminta bantuan udara untuk menjatuhkan bom air di kawasan terbabit untuk mengelakkan kebakaran dari merebak.

Laporan NTSB menyebut pihak berkuasa perhutanan dan kebakaran California terpaksa menggunakan pesawat untuk menjatuhkan cecair pemadam api di kawasan sekitar trak terbakar untuk mengelakkan kebakaran dari merebak ke kawasan hutan berdekatan.

Peronda Lebuh Raya California menyatakan bahang kebakaran yang tercetus mencecah suhu 1,000 darjah Farenheit yang bersamaan dengan 538 darjah Celcius. Panas tu dik oii.

Trak EV tersebut dipandu oleh pekerja Tesla dalam perjalan menuju ke Nevada yang menempatkan fasiliti pembuatan bateri Gigafactory milik Tesla semasa kemalangan berlaku. NTSB turut melaporkan yang sistem ADAS kenderaan tersebut tidak beroperasi semasa kemalangan.

Habis 14 jam dihabiskan untuk memadamkan kebakaran trak tersebut sebelum ia dibawa ke tanah lapang dan diletakkan di bawah perhatian untuk memastikan tidak berlaku nyalaan semula dalam masa 24 jam. Ini satu masalah dengan bateri lithium-ion yang mungkin boleh kembali menyala walaupun selepas dipadamkan sebelum ini.

Banyak mana 50,000 gelen air tu sebenarnya? Boleh tahan dik. Sebagai rujukan sebuah trak bomba Amerika yang biasa kita tengok dalam filem mampu membawa 3,000 gelen air dalam satu masa untuk memadamkan kebakaran. Jadi 50,000 gelen tu bersamaan dengan berapa buah trak korang rasa? Yang tak banyak kan? Hampir 17 buah trak je.

Ni la namanya ironi. Pakai trak EV sebab nak selamatkan dunia tapi bila berlaku kemalangan jadi macam nak jahanamkan dunia pula.

Google ads
Back to top button