Artikel Pilihan

GUNA BOTOL AIR MINERAL UNTUK SIMPAN PETROL ADALAH BAHAYA!!!!

Sekiranya anda pernah terkandas di mana-mana lokasi akibat terlupa untuk mengisi bahan api mencukupi samaada petrol ataupun diesel pasti anda akan menggelabah dan mencari botol air mineral 1.5 liter bagi membeli petrol dan mengisi semula kenderaan anda dengan bahan api.

Ataupun jika anda selalu menunggang motosikal kapcai untuk perjalanan jarak jauh, anda pasti akan membawa bersama satu botol petrol tambahan jika motosikal anda mati di tengah perjalanan. Ya tangki petrol kapcai tidaklah besar dan tindakan membawa petrol tambahan adalah satu langkah bijak.

Namun tak semua pengguna sedar yang petrol adalah bahan bakar yang bahaya dan reaktif, mudah meruap pada suhu antara 35 darjah celcius ke 70 darjah celcius dan mudah terbakar secara menyambar. Keadaan ini menyebabkan risiko yang besar kepada pengguna jika anda menyimpan petrol dalam bekas yang tidak diluluskan seperti botol air mineral.

Namun bagi memastikan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain, anda dinasihatkan untuk menggunakan kaedah simpanan bahan api yang lebih selamat, seperti menggunakan botol atau tangki tambahan yang dikenali dengan nama jerrycan.

Jerrycan adalah merujuk kepada bekas yang digunakan untuk menyimpan dan membawa bahan api, dihasilkan dengan menggunakan kaedah pressed steel (dihasilkan daripada keluli) ataupun bagi zaman moden ia dihasilkan dari bahan poliethylene.

Jerrycan boleh digunakan untuk menyimpan dan membawa antara 10liter ke 20 liter bahan api dalam satu-satu masa. Perkataan jerry sebenarnya merupakan perkataan “slang” yang digunakan oleh tentera berikat merujuk kepada Jerman, kerana rekaan asal jerrycan adalah berasal daripada Jerman.

Pada tahun 1937, Muller Engineering telah menghasilkan jerrycan pertama bagi kegunaan tentera terutama untuk kegunaan ketika perang dunia kedua. Rekaan jerrycan ini jatuh pada tangan jurutera dari Amerika bernama Paul Pleiss ketika dia dan rakannya yang berasal dari Jerman mengembara dengan kereta ke Calcutta, India

Jadi rekaan ini dipanggil sebagai Jerrycan merujuk kepada bekas untuk menyimpan bahan api yang berasal dan digunakan oleh Jerman. Bagi jerrycan moden, ia biasa boleh digunakan untuk menuang petrol terus ke tangki minyak tanpa menggunakan corong tambahan.

Untuk kegunaan hari ini, jerrycan yang dihasilkan mestilah memenuhi regulasi Mobile Source Air Toxic Regulations, Childs Gasolline Prevention Act,  United Nations European Agreement Concerning the International Carriage of Dangerous Goods by Road.

Terdapat 3 warna yang biasa digunakan oleh pengeluar bagi membezakan kegunaan jerrycan seperti warna merah untuk menyimpan petrol, kuning untuk menyimpan diesel dan biru untuk menyimpan kerosene.

Google ads
Back to top button