Buletin

6,991 UNIT SUZUKI SWIFT 1.4L DIPANGGIL SEMULA

Suzuki Malaysia Automobile (SMA) semalam mengumumkan program memanggil semula model Swift 1.4L yang dikilangkan di antara 12 Mac 2012 hingga 30 Oktober 2014.

Suzuki-Swift-recall-2015-mekanika (1)

Program yang bermula sekarang hingga 30 Januari 2016 itu akan memeriksa sistem stereng. Sekiranya perlu, ia akan ditukar secara percuma.

Ia dijangka melibatkan sebanyak 6,991 unit Suzuki Swift 1.4L dengan 900 daripadanya ialah unit CBU dan bakinya (6,091) merupakan model CKD. Model Swift 1.5 tidak terlibat dalam program ini. Justeru, pemilik Swift 1.4L yang terlibat diminta membuat temu janji dengan pusat servis Suzuki berhampiran. 

Maklumat lanjut, sila hubungi SMA di talian1-300-88-6699 atau layari laman web:  www.suzuki.net.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button