Buletin

VOLVO TRUCKS LANCAR SERVIS FAST TRACK

Volvo Trucks Malaysia (Volvo Trucks) meningkatkan tahap khidmat pelanggannya menerusi pelancaran kemudahan Servis Fast Track di pengedaran utamanya di Shah Alam. 

Volvo-Trucks-Fast-Track-mekanika (2)

Kemudahan itu direka untuk meningkatkan kecekapan dan mempercepatkan tempoh pembaikan trak para pelanggannya. Langkah terbaharu oleh pengeluar kenderaan komersial global itu selari dengan pengembangan rangkaian dan penambahbaikan kemudahan pengedarannya.

Servis Fast Track Volvo melibatkan empat ruang atau laluan pantas yang direka serta diperuntukkan secara khas untuk melakukan kerja-kerja pembaikan kecil trak yang melibatkan masa tidak melebihi dua jam.

Jadi, para pelanggan yang trak mereka memerlukan pembaikan atau penyelenggaraan mudah tidak perlu membuang masa beratur dengan trak-trak lain yang mungkin perlu menjalani proses diagnosis yang kompleks dan tempoh baik pulih lebih lama.    

Volvo-Trucks-Fast-Track-mekanika (3)

“Selaku peneraju dalam sektor pengangkutan komersial, kami berusaha untuk memberikan khidmat selepas jualan yang terbaik dengan menawarkan penyelesaian inovatif secara konsisten demi pertumbuhan perniagaan para pelanggan,” kata Pengarah Urusan Volvo Malaysia, Mats Nilsson.

Pasukan khas Servis Fast Track yang terdiri daripada sekumpulan penasihat servis serta mekanik berkemahiran dan terlatih telah ditugaskan untuk memastikan bahawa masalah trak pelanggan dibaiki dengan pantas.

Pasukan ini juga memantau jadual kerja-kerja pembaikan yang efisien, menjalankan proses pra-diagnos masalah, baik pulih berkualiti tinggi serta memastikan pengurusan operasi aliran kerja yang lancar di keempat-empat ruang pembaikan terbabit.

Volvo-Trucks-Fast-Track-mekanika (1)

Tempahan Servis Fast Track mesti dibuat sekurang-kurangnya 48 jam lebih awal (waktu bekerja) bagi membolehkan pasukan khas ini melakukan proses pra-diagnosis. Selain menyediakan alat ganti serta peralatan untuk membaiki trak-trak yang terjejas secara serta-merta.

Empat ruang kemudahan Servis Fast Track boleh membaik pulih sehingga 16 buah trak sehari. Bagi kes-kes kecemasan, tempahan mungkin diterima sehari sebelumnya dan waktu bekerja boleh dilanjutkan untuk membaiki lebih banyak trak.

Perkhidmatan lain yang turut melengkapkan lagi Servis Fast Track termasuklah kemudahan ujian brek yang terletak bersebelahan ruang pembaikan. Para pelanggan dinasihatkan supaya membuat tempahan awal dengan menghubungi talian 1-300-808-108.

Servis Fast Track dibuka pada Isnin hingga Jumaat, 8.30am – 6.00pm (kecuali cuti umum). Ia menerima semua model dan varian trak Volvo. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button