Buletin

PANDU SUZUKI SWIFT SPORT DENGAN KADAR FAEDAH SERENDAH 1.18%

Berita baik kepada anda yang berhajat untuk memiliki sebuah Suzuki Swift Sport. Ini kerana Naza Eastern Motors mengumumkan promosi akhir tahun yang membolehkan pelanggan mendapatkan hot hatch itu pada kadar pinjaman 1.18 peratus sahaja.

Pelanggan yang membeli Suzuki Swift Sport sepanjang tempoh promosi juga akan menerima tinted dan coating percuma bernilai RM4,000.

“Pengenalan semula Suzuki Swift Sport ke pasaran tempatan pada April lalu nyata mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

“Jadi, kami berbesar hati untuk menawarkan model ini bersama kadar faedah lebih rendah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Automotif Kumpulan Naza Corporation Sdn. Bhd.,  Dato Nik Hamdam Nik Hassan.

Jentera yang diimport sepenuhnya dari Jepun itu dijana oleh enjin 1.4L BOOSTERJET berkuasa 140hp dan tork 230Nm.

Dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan dan paddle shifter, kereta kompak itu hanya seberat 970kg. Nisbah berat kuasa tersebut membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa bawah 8 saat.

Swift Sport dilengkapi lampu utama projector LED dan lampu nyalaan siang (DRL) LED. Ruang kabin pula dipasang dengan sistem infohibur yang terdiri daripada skrin sentuh bersaiz 7 inci bersama ketersambungan Apple CarPlay.

Hot hatch itu hadir dalam empat warna menarik iaitu kuning, putih, biru dan merah.

Google ads
Back to top button