Buletin

MODEL UJIAN SUZUKI SWIFT GEN-4 DIKESAN

Suzuki Swift generasi terkini sudah pun berada di pasaran sejak tahun 2016 lagi, dan sudah tiba masanya untuk Suzuki mengemaskini penawaran model hatchback kompak itu.

Berdasarkan laporan daripada Motor1, sebuah unit ujian Suzuki Swift generasi baharu yang sarat dengan pelekat samaran dikesan buat kali pertama.

Menggunakan nama kod YED, model generasi keempat ini dikatakan menggunakan platform Heartect yang telah dimodifikasi untuk memuatkan lebih banyak ciri keselamatan.

Melihat dengan lebih dekat, generasi baharu Suzuki Swift itu membawakan beberapa ciri menarik seperti unit lampu utama LED dengan rekaan baharu, rekaan bonet yang sama sekali berlainan dengan generasi terdahulu, dan pemegang pintu belakang yang kini berada di posisi konvensional, tidak lagi disembunyikan pada tiang C.

Setakat ini, tiada sebarang butiran lanjut berhubung trenkuasa yang bakal mendiami perut Swift, namun besar kemungkinan Suzuki akan menggunakan nadi 1.4 liter hibrid ringan sebagai salah satu pilihan untuk pembeli hasil daripada kerjasama dengan Toyota.

Difahamkan, generasi keempat Suzuki Swift ini akan dilancarkan pada tahun 2023 sebagai model tahun 2024. – Motor1

Google ads
Back to top button