Buletin

RENAULT KADJAR

Teruja dengan kejayaan model Captur, Renault kini meneruskan langkah agresif dalam segmen crossover apabila memperkenalkan pula Kadjar.

Renault-Kadjar-mekanika  (6)

Menjadi crossover segmen C pertama Renault, Kadjar dijangka dapat meningkatkan kehadiran Renault di pasaran global.

Pengenalan Kadjar didorong oleh sentimen pasaran terhadap model-model crossover. Buktinya, pada tahun 2014, hampir satu daripada lima kenderaan yang dijual ialah crossover. Segmen itu juga menunjukkan peningkatan penguasaan pasaran sebanyak 23 peratus di Eropah dan 26 peratus di China.

Renault-Kadjar-mekanika  (13)

Didatangkan dalam pacuan dua atau empat roda, Kadjar bakal dipersembahkan kepada umum pada acara Geneva Motor Show 2015 Mac depan. Ia dijadual dijual di pasaran Eropah, Afrika, Mediterranean dan China pada musim panas tahun ini.

Kadjar akan dihasilkan di kilang Renault di Palencia, Sepanyol yang buat masa sekarang mengeksport kira-kira 83 peratus produksinya ke lebih 50 buah negara di lima benua. Ia juga akan menjadi model Renault pertama yang dikilangkan di China.

Renault-Kadjar-mekanika  (10)

Renault Kadjar merupakan hasil daripada kerjasama strategik di antara Nissan dan Renault. Jentera itu dibangunkan berdasarkan kepada pelan CMF (Common Module Family) yang bermatlamat menghasilkan satu rangkaian kenderaan menerusi perkongsian alat ganti dan komponen.

Projek CMF merangkumi tiga segmen iaitu CMF-A untuk kenderaan kecil, CMF-B (kenderaan bersaiz sederhana) dan CMF-C/D (model-model paling besar). Renault Kadjar menggunakan platform CMF-C/D.

Renault-Kadjar-mekanika  (8)

Rekaan luaran Renault Kadjar menggabungkan elemen jentera SUV, saloon dan estate. Berkongsi DNA kereta konsep Captur dan DeZir, maka tidak hairanlah jika Renault Kadjar memiliki penampilan yang moden serta maskulin.

Ruang kabin crossover itu dibina dengan elemen mewah, versatil dan praktikal. Ia menjanjikan pengalaman pemanduan yang selesa dan mampu memenuhi keperluan setiap pemiliknya.

Renault-Kadjar-mekanika  (5)

Demi melangkaui ekspektasi bakal pembeli di seluruh dunia, Renault Kadjar akan  dikuasakan oleh enjin-enjin yang efisien bersama sistem Stop/Start untuk meningkatkan lagi tahap penjimatan bahan apinya.
[hr]GALERI 

Renault-Kadjar-mekanika  (1)Renault-Kadjar-mekanika  (2)Renault-Kadjar-mekanika  (9)Renault-Kadjar-mekanika  (12)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button