
PANASONIC JUAL SEMUA PEGANGAN SAHAM DALAM TESLA RM14.95 BILION
Panasonic dilapor telah menjual semua pegangan sahamnya dalam Tesla bernilai 400 bilion yen (RM14.95 bilion) pada fiskal kewangannya tahun lalu.
Langkah tersebut membolehkan firma dari Jepun ini mempunyai berbilion dolar untuk membiayai pelaburan strategik yang baru. Antaranya dengan membeli syarikat perisian Amerika, Blue Yonder pada harga AS$7.1 bilion (RM29.5 bilion).
Panasonic sudah memaklumkan tentang penjualan saham berkenaan kepada Tesla dan akan teris membekalkan bateri kepada mereka. “Hubungan kami dengan Tesla sebagai rakan perniagaan tidak berubah,” kata seorang eksekutif Panasonic.
Penjualan itu membuatkan saham Panasonic melonjak sebanyak 4.53 peratus. Selepas menandatangani kontrak pembekalan pertama dengan Tesla pada tahun 2009, Panasonic membeli saham Tesla setahun kemudian, tidak lama selepas sesi IPO di Nasdaq.
Pembelian saham sebanyak 1.4 juta unit itu menawarkan sokongan kewangan kepada Tesla dan mengembangkan perniagaan bateri kenderaan Panasonic.
- BACA: HONDA & PANASONIC BEKERJASAMA BUAT ‘POWERBANK’ UNTUK MOTOSIKAL
- BACA: BATERI SOLID STATE BOLEH GANDAKAN JARAK PERJALANAN KERETA ELEKTRIK
- BACA: TOYOTA BANGUNKAN BATERI SOLID STATE. CAS 10 MINIT, 500KM
- BACA: SKYDRIVE UJI KERETA TERBANG ADA PILOT. NI BARU KERETA TERBANG
PANASONIC JUAL SEMUA PEGANGAN SAHAM DALAM TESLA RM14.95 BILION