
78 PELUMBA HANGATKAN MALACCA TIME ATTACK CHAMPIONSHIP 2020
Seramai 78 pelumba menghangatkan Malacca Time Attack Championship 2020 pusingan kedua anjuran Revtech Motorsport yang berlangsung di Litar Permotoran Antarabangsa Melaka (MIMC), Melaka.
Dalam acara tersebut, sebanyak 11 kategori dipertandingkan dengan menggunakan format sesar masa (time attack) melibatkan 49 pasukan dari seluruh negara.
Sebelum memulakan perlumbaan, para pelumba diberi masa selama 30 minit untuk membuat recee bagi memastikan mereka dapat menyesuaikan keadaan litar.

Perlumbaan Heat pertama dimulakan dengan Kelas A 1200CC terbuka apabila para pelumba menunjukkan kemahiran memasing dalam mengendali jentera mereka.
Kategori Kelas K Saga Series merupakan perlumbaan terakhir dalam acara kali ini.
Sebelum Heat kedua bermula, hujan telah membasahi litar. Pihak penganjur mengumumkan ‘practise session’ bagi para pelumba mengendali jentera masing-masing dalam keadaan hujan.

Bagaimanapun, atas faktor keselamatan dan litar basah telah memaksa penganjur mengambil langkah membatalkan Heat kedua.
Pengarah Revtech Motorsport, Md. Shah Hashim telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Hadiah-hadiah kali ini merupakan tajaan daripada Tokok Race Motorsport dan Rexxo.
Pusingan ketiga dijadual berlangsung pada 25 Oktober 2020 di MIMC Ayer Keroh, Melaka.
- BACA: HONDA RS150R “BUNGKUS IKAT TEPI” YAMAHA Y15ZR DI CUBPRIX MELAKA!
- BACA: CIVIC EG PALING EKSTRIM. ENJIN V6 TURBO DAN KIT TERBANG!
- BACA: MOTOSIKAL SPORT YANG DIJANGKA AKAN TIBA PADA TAHUN 2020
- BACA: KERETA LUMBA “HALAL” ATAS JALAN.
GALERI











