Artikel PilihanMotosikal

MOTOSIKAL SPORT YANG DIJANGKA AKAN TIBA PADA TAHUN 2020

Jika anda sukakan motosikal sports berprestasi tinggi, tahun 2020 mungkin akan menyebabkan anda teruja kerana pelbagai model baru diperkenalkan. Mari kita tengok beberapa model yang akan diperkenalkan kalau-kalau kena dengan selera dan bajet anda. Kalau tak mampu tak ada masalah, impian itu percuma kan?

Aprilia RS660

Aprilia sebelum ini hanya menghasilkan motosikal sport bersaiz 1 liter tapi kini mereka mula menurunkan ilmu mereka untuk menghasilkan model sport bersaiz yang lebih kecil. Ia diperkenalkan kepada umum di EICMA 2019 dan dinamakan RS 660, adik kepada RSV4.

Ia menggunakan enjin parallel-twin yang diasaskan daripada unit 1,100 cc V4 dan dipilih kerana saiznya yang kompak. Ia dikatakan bakal menghasilkan sekitar 100 hp kuasa. Tork dan berat belum diputuskan tetapi ia turut mempunyai pelbagai mod tungangan termasuklah Time Attack untuk membolehkan penunggang mendapat prestasi yang optima.

Bimota Tesi H2

Selepas Kawasaki bergabung dengan Bimota, gandingan duo it uterus menghasilkan sebuah jentera sport yang dinamakan Bimota Tesi H2. Sama seperti namanya, ia memang dikuasakan oleh enjin supercharged Kawasaki H2. Spesifikasi penuh belum dikeluarkan tetapi ia dijangka mampu menghasilkan 300 hp kuasa maksima.

Enjin berkuasa itu kemudian dibalut dengan rekaan badan yang sinonim dengan Bimota tetapi kini kelihatan lebih fresh. Satu berita yang tidak menariknya ialah Bimota H2 ini kemungkinan tidak sah digunakan di atas jalan raya.

Ducati Panigale V2

Selain dari Panigale V4 yang dilancarkan [enghujung Oktober lepas, Ducati turut memperkenalkan Panigale lebih kecil yang lebih mampu milik berbanding versi V4 asal. Ia dinamakan Panigale V2 dan menggunakan enjin 955CC Desmodromic L-Twin V2 yang mampu menghasilkan 155 hp kuasa.

Ducati Streetfighter V4

Streetfighter V4 merupakan versi naked Panigale. Dengan membuang terus fairing membolehkan motosikal ini menjadi lebih ringan sebanyak 1.8 kilogram. Tak ada la banyak sangat tapi bagi sebuah motosikal, ia memang mempunyai kesan yang berbeza. Streetfighter menggunakan enjin yang sama 1,103cc Desmosedici Stradale V4 dan dalam keadaan naked mampu menghasilkan 208hp kuasa.

Kawasaki Z H2

Mana boleh tinggal mana-mana model Kawasaki bila bercerita pasal superbike. Kawasaki Z H2 dilancarkan di Tokyo Motor Show 2019 dan merupakan versi naked Ninja H2 supercharged. Motorsikal naked berkuasa supercharged ni kat mana hebatnya? Semestinya pada nisbah kuasa berbanding berat. Makin ringan semestinya makin laju. Z ini menggunakan enjin yang sama seperti versi Ninja, 998cc supercharged sebaris empat dengan 197hp kuasa maksima.

Honda CBR1000RR-R Fireblade

Bila satu huruf R tidak mencukupi, kita tambah lagi sampai ada empat huruf R dalam nama motosikal ini. Jentera khas untuk beraksi di atas litar ini menggunakan enjin 999cc yang ditala sehingga mampu menghasilkan 214hp kuasa maksima. Bukan hanya berkuasa, Fireblade ini juga dilengkapkan dengan pakej aerodinamik yang sama seperti digunakan oleh jentera MotoGP, RC213V.

Kawasaki Ninja 1000SX

Untuk tahun 2020, Kawasaki memberikan Ninja 1000SX sedikit naiktaraf di sana sini. Paling ketara ialah di bahagian hadapan khususnya rekaan lampu utama dan cermin pelindung. Bahagian ekzos juga disatukan dan di letakkan di satu bahagian sahaja dan bukannya kiri dan kanan. Enjin masih sama cuma ia diberi sedikit pelarasan untuk mengurangkan bunyi dan pencemaran.

MV Agusta Superveloce Ottocento

Pada tahun 2019, MV Agusta telah melancarkan dua model istimewa Serie Oro. Satu dinamakan Brutale limited-edition yang dah biasa kita dengar dan satu lagi dalam bentuk konsep dan dinamakan Superveloce. Konsep Superveloce 800 pernah diperkenalkan di EICMA 2018 tapi sayangnya ia sangat mahal dan habis dijual dalam masa beberapa hari sahaja. Nak buat macam mana, dah nama pun limited-edition kan?

Tapi kini MV Agusta mengesahkan yang Superveloce Ottocento bakal ditawarkan kepada umum dan bukan lagi limited-edition. Ia bakal menggunakan enjin 798cc tiga selinder sama seperti yang digunakan oleh model Serie Oro. Sediakan sahaja duit banyak-banyak.

Triumph Street Tripple 765 RS

Untuk tahun 2020, Triumph Street Tripple 765 RS akan menerima proses make over dari segi rekaan lampu utama, unit paparan TFT dengan sambungan Bluetooth, aplikasi My Triumph dan sedikit suntikan pada bahagian prestasi.

Enjin 765cc tiga selinder asal masih dikekalkan tetapi kini ia mampu menghasilkan 121hp kuasa. Triupmh juga mendakwa yang RS baru ini adalah yang paling ringan dalam kelasnya.

Triumph Thruxton RS

Triumph menambah Thruxton RS baru dalam barisan modelnya dan sama seperti Triumph Street Tripple dan Speed Tripple ia juga akan diberikan varian RS. Thruxton RS merupakan bintang kepada cafe racer yang ditawarkan Triumph. Ia mempunyai 104hp kuasa dan 9 kilogram lebih ringan berbanding model lama.

Sumber www.rideapart.com

Google ads
Back to top button