" "
Artikel Pilihan

SEBENARNYA ADA CARA UNTUK KERETA ELEKTRIK PERGI JAUH….

Kelemahan kereta elektrik adalah ketumpatan tenaga, dimana jika dibandingkan dengan kereta berkuasa petrol ataupun diesel maka kita akan lihat setangki diesel atau petrol akan sentiasa mempunyai jumlah tenaga yang lebih baik dalam isipadu yang lebih kecil

Manakala kereta elektrik pula walaupun mempunyai kecekapan tenaga dan mekanikal yang lebih baik, keupyaan bateri untuk menyimpan tenaga dalam bentuk kimia bateri masih belum boleh melawan keupayaan petrol dan diesel, setakat hari ini.

Jadi kami kongsikan beberapa tip yang pernah kami guna dan amalkan sehingga pernah menjadi juara dalam cabaran memandu kereta elektrik secara paling efisyen. Antaranya ialah:

1. Pandu dan tekan pedal dengan lemah macam pijak semut – walaupun kuasa pecutan motor elektrik samaada tunggal ataupun motor berkembar nampak sungguh menggoda, anda kena ingat semakin kuat anda memecut, semakin cepat bateri anda habis.

Kalau ikut hukum fizik, kuasa yang akan digunakan adalah berkadar terus dengan berat dan pecutan kenderaan. Jika anda bercadang untuk memandu jauh ke destinasi tanpa pengecasan yang cukup, cuba berlatih memandu seperti nenek anda

2. Jangan bawa muatan berlebihan – sesetengah orang suka menjadikan kenderaan mereka sebagai almari bergerak. Sama seperti poin yang kami sebut di atas iaitu Fnet = m • a, semakin berat kenderaan anda semakin banyak kuasa yang anda perlukan untuk mula bergerak. Kalau bini anda gemuk, pastikan beliau kurus sebelum mula berjalan.

3. Jangan pandu laju – jabatan tenaga Amerika mencadangkan anda tidak memandu melebihi 96.5km/jam untuk mendapatkan penggunaan tenaga yang maksimum. Semakin laju anda memandu, semakin tinggi daya seretan yang bertindak pada kereta.

Memandu dengan perlahan akan menyebabkan daya seretan udara menjadi semakin kecil dan boleh diabaikan. Malah pakar mengesahkan jika anda mengurangkan kelajuan sebanyak 16km/jam, penggunaan tenaga akan menjadi semakin efisyen sebanyak 14%

4. Guna brek regeneratif – sistem ini membenarkan tenaga kinetik yang dijana oleh kereta elektrik ditukar kepada tenaga elektrik, sewaktu kereta elektrik membrek ataupun menuruni bukit. Motor elektrik tadi boleh bertindak menjadi generator elektrik

Sesetengah EV diberikan paddleshifter yang boleh menguatkan brek regenaratif secara manual, atau diberikan gear B untuk brek regenaratif maksimum. Anda juga boleh mengubah tetapan brek dengan menggunakan skrin kawalan. Bagi EV moden seperti Hyundai Kona, brek regeneratif beroperasi dengan bantuan radar.

5. Minimakan penggunaan penyaman udara – sistem aircond adalah parasit kepada bateri kereta elektrik, menggunakan kuasa yang banyak sekiranya anda menggunakan penyaman udara pada tahap maksimum. Paling bagus tetapkan penggunaan aircond pada suhu 25 darjah Celcius dan adalah lebih bagus sekiranya kusyen anda ada ciri penyejukan. Kalau ada pertandingan paling jauh, tutup je aircond tue.

6. Cek tekanan tayar – tekanan udara yang kurang pada tayar akan menyebabkan kadar seretan golek (rolling resistance) tayar akan bertambah. Jadi sentiasa periksa dan tambah tekanan angin pada tayar sebelum memulakan perjalanan mengikut spesifikasi kereta elektrik anda. Cuba cek di pintu kanan pemandu untuk tekanan angin yang tepat

7. Beli kereta elektrik yang canggih – canggih di sini bermaksud kereta elektrik yang datang dengan ciri Active Shutter Grille atau jeriji depan yang boleh dibuka dan ditutup secara automatik. Jika anda memandu dan tidak memerlukan, jeriji depan akan tertutup secara automatik untuk mengurangkan geseran

Jika bateri memerlukan penyejukan, jeriji akan terbuka bagi menyejukkan radiator sistem bateri. Bateri yang panas akan menyebabkan sistem menjadi kurang efisyen.

8. Elakkan kawasan berbukit – jika ada pilihan antara antara laluan berbukit ataupun laluan yang landai, pilih laluan yang landai untuk menjimatkan bateri. Tapi kalau anda perlu melalui jalan berbukit, gunakan brek regeneratif secara maksimum untuk mengecas semula bateri anda.

Google ads
Back to top button