Motosikal

4 MODEL TRIUMPH BONNEVILLE DILANCARKAN

Perkembangan pesat industri motosikal berkuasa tinggi di Malaysia menyaksikan pertumbuhan tinggi angka jualan di kalangan jenama-jenama kurang popular.

Triumph-Bonneville-mekanika (4)

Triumph sebagai contoh mencatat maklum balas positif. Buktinya, pada suku pertama tahun ini, pengedar rasmi motosikal Triumph di Malaysia, Fast Bikes Sdn. Bhd. (Fast Bikes) sudah berjaya menjual sebanyak 93 unit jenama premium ini.

Justeru, Fast Bikes meletakkan sasaran untuk menjual lebih 300 unit motosikalnya pada tahun ini.

Triumph-Bonneville-mekanika (6)

Bagi memberi keterujaan kepada pengguna, Fast Bikes telah melancarkan empat model baharu Triumph dalam keluarga Bonneville. Ia terdiri daripada Street Twin, Bonneville T120, T120 Black dan Thruxton R.

Motosikal yang dikenali dengan wajah klasik dan cafe racer ini sudah tentu bakal menarik perhatian sesiapa sahaja di jalanan.

Triumph-Bonneville-mekanika (5)

Semua jentera tersebut diperkenalkan oleh Ketua Pegawai Operasi Fast Bikes, Dato’ Razak Al-Malique Hussain; Pengurus Jualan, Fazli Shukor serta Pengurus Teknikal dan Selepas Jualan, Panagiotis Mavrikos.

Turut hadir ialah Pengurus Jualan Eksport Serantau-Asia Pasifik,  Mark McConnel, selain para pengedar dari Triumph Bukit Mertajam dan Triumph Kuching.

Triumph-Bonneville-mekanika (9)

Rangkaian Bonneville 2016 didatangkan dengan sistem brek ABS, Ride-By-Wire, kawalan traksi dan sistem penyejukan cecair. Bagi model 1,200cc pula, brek cakera hadapan berkembar digunakan. Ringkasnya, lebih 470 peralatan baru diganti. Sekali gus menjadikannya serba baru.

Apa yang lebih penting, motosikal ikonik Britain kini juga lebih mampu milik. Street Twin diperkenalkan pada harga RM55,900, Bonneville T120 dan T120 Black berharga RM79,900 dan model flagship Thruxton R ialah RM91,900 seunit.

Triumph-Bonneville-mekanika (11)

Harga yang menarik tersebut dapat dicapai berikutan semua model ini dikilangkan dan dibawa masuk dari Thailand.

Saya tahu anda sudah jatuh hati. Kunjungi sahaja bilik-bilik pameran di bawah dengan segera. Jangan berlengah lagi!

Triumph-Bonneville-mekanika (10)

PREMIUM FLAGSHIP STORE

Fast Bikes Sdn Bhd

No.3, Jalan 13/1, Seksyen 13,

46200 Petaling Jaya, Selangor

03-79609007

CAWANGAN PENANG

Fast Bikes Sdn Bhd

27, Jalan Gottlieb, Georgetown,

10350 Pulau Pinang

04-2273007

KTG MOTOR SDN BHD

Lot 2971, Jalan 1/101C, Taman Desa Aman,

Cheras, 56100 Kuala Lumpur

03-91319018

Google ads
Back to top button