Motosikal

SKUTER HONDA NSS300

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan sebuah skuter maxi, Honda NSS300 ialah model yang patut anda teliti.

Honda NSS300 (4)

Diperkenalkan oleh pihak Boon Siew Honda Sdn. Bhd. sejak Januari lalu, Honda NSS300 merupakan sebuah skuter yang ultra moden, penuh gaya dan mudah dikendalikan. Ia juga disifatkan sebagai skuter yang mampu menawarkan prestasi, keselesaan dan nilai terbaik.

Honda NSS300 diperkenalkan ke pasaran global sejak 13 tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, ia mengalami pelbagai bentuk evolusi demi memenuhi ekspektasi pelanggan.

Honda NSS300 (8)

Bagi penunggang veteran, mereka akan mendapati Honda NSS300 sebuah skuter yang praktikal dan menawarkan tunggangan sporty. Manakala golongan muda pula melihat Honda NSS sebagai skuter terbaik untuk menaik taraf daripada motosikal berkuasa 150cc.

Posisi duduk ketika menunggang NSS300 begitu ergonomik. Malah, rekannya yang kemas membolehkannya bergerak di kesesakan bandar dan diletakkan di ruang parkir tanpa sebarang masalah. Pada masa yang sama, ruangnya cukup luas untuk membolehkan dua orang duduk dengan selesa.

Honda NSS300 (6)

Honda NSS300 dikuasakan oleh unit enjin bersesaran 279cc dengan sistem penyejukan cecair. Enjin empat lejang SOHC itu mampu menjana kuasa sehingga 19kW @ 7,500rpm dan tork maksimum 26Nm @ 5,000rpm.

Kuasa itu kemudian dialihkan ke roda menerusi transmisi automatik V-Matic bagi menyediakan kuasa yang responsif. Maka, tunggangan di bandar dan lebuh raya pasti menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan.

Honda NSS300 (17)

Penggunaan sistem Programmed-Fuel Injection (PGM-FI) pula menjanjikan penjimatan bahan api. Buktinya, Honda NSS300 mampu bergerak sejauh 354km dengan 11.6 liter minyak atau penjimatan sehingga 30.8km bagi setiap liter berdasarkan kepada mode WMTC. Harus tahu bahawa enjin itu juga memenuhi piawaian emisi Euro 3.

Chasis Honda NSS300 dibina menggunakan besi tubular yang kukuh dan tahan lasak bagi memberikan pengendalian meyakinkan dalam apa jua kondisi. Dihasil menggunakan Computer Aided Engineering (CAE), kerangka underbone itu cukup fleksibel ketika mengambl selekoh

Honda NSS300 (18)

Prestasi skuter maxi itu ditingkatkan lagi menerusi sistem brek Combined Braking System (CBS). Ia terdiri daripada brek cakera pada roda hadapan dan belakang yang menawarkan prestasi berhenti yang pantas.

Aspek keselesaan dipertingkat melalui penggunaan fork jenis teleskopik bersaiz 35mm dan penyerap hentak berkembar pada roda belakang. Selain lengan ayun aluminium pada kedua-dua sisi skuter itu.

Honda NSS300 (1)

Harga pengenalan Honda NSS300 adalah RM26,768 (versi Standard) dan RM28,288 seunit untuk versi ABS. Ia hadir bersama jaminan dari kilang selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,000km (mana-mana tiba dahulu). Jentera itu boleh anda miliki dalam warna hitam, putih atau perak.

Honda NSS300 (26)

Maklumat lanjut, sila hubungi laman web: www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi nombor tol percuma Boon Siew Honda di talian 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 9am – 5pm, kecuali cuti umum).

[hr]GALERI

Honda NSS300 (2)Honda NSS300 (9)Honda NSS300 (11)Honda NSS300 (16)Honda NSS300 (21)Honda NSS300 (22)Honda NSS300 (28)Honda NSS300 (35)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button