Buletin

ACER LANCAR ACER CHROMEBOOK PLUS 515 DAN CHROMEBOOK PLUS 514, HARGA BERMULA RM1.9K

Acer baru-baru ini melancarkan komputer riba Chromebook Plus pertamanya iaitu Acer Chromebook Plus 515 dan Acer Chromebook Plus 514.

Kedua-dua komputer riba baharu tersebut menawarkan prestasi Chromebook dengan inisiatif Chromebook Plus Google.

Acer Chromebook Plus 515 dan Acer Chromebook Plus 514 menerima paparan IPS, RAM LPDDR5X 8GB hingga 16GB yang dipadankan dengan pilihan storan SSD responsif sehingga 256 GB.

Hadir dengan reka bentuk perkakasan lebih baik, Acer Chromebook Plus 515 dikuasakan oleh pemproses Intel Core Generasi Ke-13 dan Ke-12 (sehingga model Core i7) dan keupayaaan bateri beroperasi sehingga 10 jam penggunaan.

Chromebook Plus 514 pula dikuasakan oleh siri C AMD Ryzen 5 7520 yang turut menggabungkan sehingga empat teras CPU “Zen 2” berprestasi tinggi dengan grafik bersepadu AMD RDNA 2.

Acer Chromebook Plus 515 (CB515-2H/T) dan Acer Chromebook Plus 514 (CB514-3H/T) akan mula tersedia di Amerika Utara pada bulan Oktober ini.

Kedua-duanya, masing-masing boleh dimiliki pada harga bermula AS$399.99 (RM1,900).​

Google ads
Back to top button