" "
Buletin

ACER LANCAR EMPAT MONITOR BAHARU, HARGA BERMULA RM949 – SESUAI UNTUK GAMING

Sempena tahun baru 2024, Acer kini melancarkan empat monitor baharu bagi memenuhi keperluan para gamers selain, sesuai digunakan untuk urusan kerja.

Untuk monitor Acer Nitro XV272UV3, ia dilengkapi skrin 27-inci IPS LCD dengan resolusi WQHD serta kadar segar semula 180Hz.

Menurutnya, ia melepasi piawaian 95 peratus DCI-P3 dan menyokong teknologi AMD FreeSync Premium.

Nitro XZ342CUV3

Jika anda memerlukan komputer kerja beresolusi tinggi, Nitro XV272UV3 adalah pilihan terbaik.

Sementara, bagi monitor Acer VT270 Touch Monitor pula, ia dilengkapi Skrin 27-inci IPS LCD, FHD dengan kadar sedar semula 75Hz.

VT270

Untuk rekod, ia boleh mengesan 10 jari secara serentak dengan sudut pandangan sehingga 178 darjah.

Perincian menarik lain bagi monitor Acer VT270 Touch Monitor ialah turut didatangkan bersama sepasang speaker stereo 2W.

Nitro XZ322QU

Acer turut menawarkan dua monitor Acer Nitro XZ2 dengan skrin melengkung 1500R kepada para gamers iaitu Acer Nitro XZ322QUS dan Acer Nitro XZ342CUV3.

Acer Nitro XZ322QUS dengan skrin 31.5-inci panel VA beresolusi WQHD menerima sokongan AMD FreeSync Premium dan melepasi piawaian keterangan VESA DisplayHDR 400 selain, dilengkapi sepasang speaker stereo 3W.

Nitro XZ342CUV3

Acer Nitro XZ342CUV3 pula dilengkapi skrin lebih besar, bersaiz 34-inci panel VA dengan resolusi UltraWide QHD, kadar segar semula 180Hz.

Ia juga mendapat sokongan AMD FreeSync Premium, piawaian keterangan VESA DisplayHDR 400 serta mempunyai sepasang speaker 2W.

Kesemua monitor ini boleh didapatkan pada harga seperti tertera di bawah:

  • Acer Nitro XV272UV3 – RM949
  • Acer Nitro XZ322QUS – RM999
  • Acer Nitro XZ342CUV3 – RM1,499
  • Acer VT270 – RM1,399

Google ads
Back to top button