Buletin

WRC 2022 – OTT TANAK MENANG BUAT KALI KETIGA DI RALLY FINLAND

Pelumba handalan pasukan Hyundai Shell Mobis, Ott Tanak akhirnya kembali menemui kejayaan di Secto Rally Finland setelah agak lama tenggelam dalam saingan WRC musim ini. Kejayaan Ott Tanak di Secto Rally Finland ini bermakna adalah kejayaan beliau kali ketiga di Finland ini.

Ott Tanak akhirnya berjaya mempamerkan pemanduan yang handal untuk kekal mendahului saingan sejak dari SS 2 lagi hingga ke akhir saingan dengan permukaan berbatu yang menjadi tentangan buat para pelumba.

Dengan permukaan yang kering, ianya dilihat lebih memihat kepada Ott Tanak untuk terus memecut laju meninggalkan Kalle Rovanpera di podium kedua dengan hanya kelebihan 6.8 saat sahaja. Kejayaan ini adalah yang kedua untuk kalendar WRC 2022 setelah melakukan buat pertama kalinya di  Rally Italia Sardegna.

Sementara itu, Kalle Rovanpera pula seakan sedikit memperlahankan jentera Toyota GR Yaris Rally1 sekali gus untuk tidak menjadi juara di bumi sendiri ketika saingan pagi hari Ahad ketika catatan masa yang dilakukan beliau menyamai masa yang dicatatkan oleh Ott Tanak. Dengan pungutan mata sedia ada, beliau merasakan tidak berbaloi untuk merisikokan sebarang insiden yang tidak diingini.

Sungguh pun hanya di podium kedua, namun kedudukan Kalle Rovanpera dilihat semakin jauh dihadapan apabila mendahului sehingga 94 mata di hadapan Ott Tanak di kedudukan kedua keseluruhan pungutan mata.

Melengkapkan podium ketiga adalah seorang lagi pelumba pasukan Toyota Gazoo Racing yang juga jaguh tempatan, Esapekka Lappi dengan ketinggalan 1 minit 13.9 saat. Esapekka Lappi sebenarnya sempat mengalami kemalangan apabila jentera GR Yaris Rally1 beliau berpusing dan terbalik ketika SS21 Beliau sempat juga menghabiskan perlumbaan di perlumbaan terakhir dengan kondisi ketiadaan cermin hadapan.

Sebenarnya juga terdapat beberapa siri kemalangan yang membabitkan beberapa pelumba seperti Elfyn Evans yang mengalami masalah kerosakan serius di sistem ampaian belakang. Mujur juga pelumba kelahiran Britain ini berjaya menduduki tempat keempat keseluruhan.

Malang juga menimpa buat pelumba pasukan Hyundai Oliver Solberg apabila jentera Hyundai i20 N Rally1 beliau terbalik dan berpusing ketika baharu sahaja memulakan saingan pada hari Jumaat. Sesuatu yang agak malang apabila.

Pusingan berikutnya bakal bermula pada pertengahan Ogos nanti di Belgium.

Kedudukan Mata Pemandu

  1. Kalle Rovenpera – 198 mata
  2. Ott Tanak – 104 mata
  3. Thierry Neuville – 103 mata

Kedudukan Mata Pengeluar

  1. Toyota Gazoo Racing – 339 mata
  2. Hyundai Shell Mobis – 251 mata
  3. M-Sport Ford WRT – 174 mata

BACA : WRC 2022 – OTT TANAK AKHIRNYA MENANG JUGA DI ITALI

BACA : WRC 2022 – KALLE R0VANPERA SEKALI LAGI MELAKUKANNYA DI ESTONIA. INILAH DIA CALON JUARA WRC!

Google ads

B K

Back to top button