Buletin

HONDA LANCAR VARIAN BAHARU FIT RS E:HEV DI JEPUN

Diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2019, Honda Fit/Jazz kini tidak lagi dibawa masuk oleh Honda Malaysia, serta pasaran Asean yang lain.

Sebaliknya, model hatchback itu dikhususkan untuk pasaran Jepun dan Eropah sahaja buat masa ini.

Kini, selepas tiga tahun Honda mengemaskini penawaran model tersebut dengan melancarkan versi facelift ringan, di mana kesemua varian seperti Basic, Home, Luxe, Crosstar telah diberikan kemaskini yang berbeza.

Honda juga turut memperkenalkan varian baharu RS yang mendapat kemasan yang lebih sporti, seperti kit badan yang agresif, lencana RS, rim aloi yang lebih besar, serta penambahan spoiler belakang.

Untuk ruang kabin, varian RS ini mendapat jahitan kontras pada bahagian roda stereng balutan kulit, paddle shifter untuk kawalan brek regeneratif, pemilihan mod pemanduan baharu, serta kelengkapan standard seperti skrin kluster tujuh inci, skrin infotainmen sembilan inci serta ciri Honda SENSING.

Di Jepun, Fit RS hanya ditawarkan secara eksklusif dengan trenkuasa e:HEV hibrid dengan angka kuasa kuda dipertingkatkan serta respons pecutan ditambahbaik.

Versi e:HEV terdahulu didatangkan dengan gandingan enjin 1.5 liter NA dan dua motor elektrik yang mampu menjana 107 hp dan 253 Nm.

Harga jualan untuk Fit RS e:HEV belum didedahkan secara rasmi.

Google ads
Back to top button