Buletin

ACTEV MOTOR ARROWS AKAN MEMBUATKAN KITA TERASA NAK JADI KANAK-KANAK KEMBALI

Anak-anak sekarang memang bertuah. Mereka bukan hanya dapat bermain permainan video dan menonton saluran TV berbayar 24 jam, malah permainan mereka juga jauh lebih cool dari permainan ayah mereka suatu ketika dahulu. Dulu nak tengok TV pun kena tunggu pukul 5 petang baru ada siaran.

Ni contohnya, go-kart berkuasa elektrik yang dinamakan Actev Arrow Smart Kart. Ia boleh dibeli melalui Amazon dengan harga hampir RM4000 dan akan membuatkan anak anda melompat-lompat keseronokan. Mesti ada akan terlintas nak tanya, ayah boleh naik sekali tak? Jawapannya boleh, tetapi kelajuannya akan berkurangan apatah lagi jika si bapa bersaiz XXL.

Ia boleh bergerak sehingga kelajuan hampir 20 km/j dengan seorang kanak-kanak di tempat pemandu danboleh beroperasi selama 30-60 minit dengan cas penuh. Anda boleh memilih untuk memilih bateri bersaiz lebih besar untuk jangkamasa operasi yang lebih lama.

Actev mempunyai dua motor elektrik berkuasa 250-watt dan memerlukan masa 10 jam jika dicas di soket elektrik biasa di rumah. Bagaimanapun ia boleh dicas dengan lebih pantas menggunakan pengecas pantas yang dijual berasingan. Malah kit badan yang aerodinamik juga dijual berasingan dengan harga USD200 (RM840).

Sama seperti peralatan masa kini yang lain, Actev Arrow turut mempunyai aplikasi telefon pintarnya sendiri untuk membolehkan ibubapa menetapkan had kelajuan selain mewujudkan sempadan operasi agar si anak tidak memandunya di luar kawasan ditetapkan.

BACA: PELUANG TERAKHIR MENYAKSIKAN PERLUMBAAN FORMULA 4 SEMPENA F1 TERAKHIR DI LITAR SEPANG

Ia didatangkan dengan tayar-tayar getah tetapi ia juga boleh ditempah dengan pembalut tayar belakang yang diperbuat daripada plastik untuk menukar Actev Arrow menjadi sebuah mesin drift yang bergaya.

Ulasan mengenai Actev Arrow di Amazon juga boleh tahan. Walaupun ia dihasilkan untuk kanak-kanak berusia 5-9 tahun, ia masih boleh digunakan jika mereka sudahberumur 10-11 malah 12 tahun. Sekali-sekala bapa yang berumur 37 tahun pun boleh layan drift. Dengan kemudahan pesanan atas talian, anda boleh menempah pelbagai aksesori untuk mengubahsuainya mengikut citarasa.

GALERI:

Google ads
Back to top button