
HOT ROCKET PERKENALKAN ‘BUAYA ENDURANCE RACE’ – CUNGKIL BAKAT PEMANDU GO-KART ELIT
Hot Rocket Racing Club baru-baru ini mengumumkan penubuhan Program Pembangunan Pemandu Elit dengan tujuan untuk melahirkan pemandu go-kart bertaraf dunia sekali gus dapat mewakili Hot Rocket dalam perlumbaan di dalam atau di luar negara.
Sehubungan itu, Hot Rocket melancarkan ‘Buaya Endurance Race’ pada 27 Ogos ini di Pinnacle Kart di Subang sebagai permulaan kepada program anjuran mereka.
15 pemain terbaik bakal diberi peluang untuk menyertai ‘Pinnacle Kart 6-hour Endurance Race’ pada hujung tahun ini.

“Ini bukan acara biasa, tetapi acara berisiko tinggi yang ditonton oleh peminat sukan permotoran di seluruh dunia,” kata Pengasas dan Presiden Hot Rocket Racing Club, Terry Kuan.
“Tumpuan bukan semata-mata mengasah kemahiran pelumba tetapi juga untuk memastikan mereka dilengkapi mental menangani sebarang kesulitan semasa perlumbaan,’ tambahnya.
Justeru, sukan ini bukan sahaja menuntut kemahiran memandu tetapi juga kerja berpasukan serta strategi yang mantap.
Untuk rekod, pemenang acara berkenaan bakal berpeluang membawa pulang hadiah bernilai RM10,000 serta memperoleh ‘Rocket Point’, di mana ia boleh ditebus untuk mendapatkan aksesori sukan permotoran dan sesi go-kart di cawangan terpilih.
Untuk maklumat lanjut mengenai Hot Rocket serta ‘Buaya Endurance Race’, anda boleh melayari www.rocketnation.my dan klik pada pautan pendaftaran: https://forms.gle/ftx1eqQjWcZ456aF9
- BACA: LITAR GO KART TERBESAR DUNIA BAKAL DIBINA DI BAWAH STADIUM TOTTENHAM HOTSPUR’S – STADIUM HIBRID NI BOH
- BACA: WARGA SINGAPURA DAKWA ISI MINYAK UNTUK GO-KART
- BACA: FIA SIASAT PELUMBA GO-KART RUSIA. DAKWA TABIK HORMAT ALA NAZI ATAS PODIUM
- BACA: NINEBOT GOKART PRO DAPAT SENTUHAN LAMBORGHINI. BOLEH BERANGAN PANDU HURACAN!!!









