
MOTOGP – KALENDAR 2018 DIUMUMKAN (TAPI MASIH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN)
Kalendar sementara MotoGP telah dikeluarkan tetapi lokasi pusingan di Britain masih diputuskan dan akan diumumkan kemudian.
British MotoGP biasanya ditetapkan pada penghujung Ogos tetapi masih belum diputuskan di litar mana berikutan kerana ia akan dipindahkan daripada litar Wales akibat masalah yang timbul. Dua litar lagi yang menjadi pilihan sebagai lokasi ialah litar Silverstone dan Donington Park.
Perlumbaan kali pertama MotoGP Thailand di litar Buriram akan diadakan pada 5-7 Oktober dan merupakan satu-satunya lokasi baru dalam kalendar MotoGP tahun ini.
BACA: SAWASDEE – THAILAND IALAH LOKASI TERBARU MOTOGP 2018
Sebagaimana diduga perlumbaan di Thailang akan mendahului pusingan seterusnya di Jepun, Australia dan Malaysia. Hanya jarak masa seminggu memisahkan antara empat pusingan tersebut.
Musim 2018 ditetapkan untuk bermula di Qatar pada 18 March dan berakhir di Valencia pada 18 November 2018. Manakala cuti musim panas perlumbaan pula telah dipendekkan daripada empat minggu kepada dua minggu sahaja.
Sepertimana pernah kami laporkan, Finland akan menjadi tuan rumah lokasi baru MotoGP untuk kalendar tahun berikutnya iaitu 2019.

Kalendar Sementara MotoGP 2018:
Pusingan 1: 18 Mac Qatar* Doha/Losail
Pusingan 2: 8 April Argentina Termas de Rio Hondo
Pusingan 3: 22 April Amerika Syarikat COTA
Pusingan 4: 6 Mei Sepanyol Jerez de la Frontera
Pusingan 5: 20 Mei Perancis Le Mans
Pusingan 6: 3 Jun Itali Mugello
Pusingan 7: 17 Jun Catalunya Catalunya
Pusingan 8: 1 Julai Netherlands TT Assen
Pusingan 9: 15 Julai Jerman Sachsenring
Pusingan 10: 5 Ogos Republik Czech Brno
Pusingan 11: 12 Ogos Austria Red Bull Ring
Pusingan 12: 26 Ogos Great Britain (bakal diumumkan)
Pusingan 13: 9 September San Marino & Riviera di Rimini Misano
Pusingan 14: 23 September Aragon MotorLand Aragon
Pusingan 15: 7 Oktober Thailand Buriram
Pusingan 16: 21 Oktober Jepun Motegi
Pusingan 17: 28 Oktober Australia Phillip Island
Pusingan 18: 4 November Malaysia Sepang
Pusingan 19: 18 November Valencia Ricardo Tormo
*perlumbaan sebelah petang


