Buletin

ACURA INTEGRA 2023 DIGAMBARKAN SEBAGAI COUPE – AMACAM?

Sudah terang, jelas dan nyata, Acura Integra 2023 bakal ditawarkan sebagai sebuah sedan coupe kompak yang menjadi alternatif yang lebih sporti kepada Honda Civic generasi baharu.

Namun, bagi para peminat dan pencinta nama Integra, sedan sempat pintu mungkin sekali tidak sesuai dijadikan sebagai sebuah Integra (walaupun Integra sebelum ini pernah ditawarkan dalam bentuk sedan empat pintu).

Disebabkan itu, seorang artis Youtube The SketchMonkey membuat keputusan untuk ‘menghasilkan’ lakaran digital Acura Integra 2023 versi coupe.

Pereka tersebut pada mulanya memuji rekaan keseluruhan Acura Integra 2023 yang dikatakan selari dengan bahasa rekaan yang digunakan oleh jenama premium itu.

Daripada sebuah sedan yang kompak, pereka itu kemudian mengubah sedikit muka hadapan Integra dengan menambah gril hadapan yang besar, gril sekunder pada bahagian bampar, dan seterusnya menjadikan rekaan asal kepada coupe dua pintu – baharulah Integra namanya!

Perubahan yang besar dibuat terhadap garis bumbung Integra yang asal, supaya ia lebih sesuai dijadikan sebagai sebuah coupe, sebelum ditambah dengan sayap belakang yang mengingatkan kita kepada model Integra DC2 dan DC5.

Video penuh TheSketchMonkey boleh ditonton pada pautan di bawah:

Google ads
Back to top button