
KELIBAT PROTON IRIZ RALLY2 DI BRITISH RALLY CHAMPIONSHIP MUSIM 2024
Jentera rali kebanggaan negara, Proton Iriz Rally2 akhirnya akan membuat penampilkan kompetetif sepenuh masa di British Rally Championship (BRC) bermula musim ini. Ianya adalah susulan daripada keputusan yang memberangsangkan ditampilkan oleh pemandu utama pasukan Mellors Elliot Motorsport, Ollie Mellors ketika siri terakhir BRC di Cambrian Rally in 2023 dengan mendapatkan podium.
Ollie Mellors dan juga Juruarah Ian Windress meraih tempat kedua sekali gus meningkatkan keyakinan mereka berlumba di permukaan gravel buat pertama kalinya semenjak kali terakhir melakukannya pada Februari 2022. Sebelum ini Ollie Mellors dan Ian Windress berlumba bersama jentera Proton Iriz Rally2 di sekitar Eropah dengan menyertai pelbagai perlumbaan di sekitar Eropah secara indie. Secara one off dan bukannya secara sepenuh masa.

Perubahan yang berlaku terhadap kalendar perlumbaan serta pakej media yang menarik ternyata menarik kembali minat pasukan Mellors Elliot Motorsport untuk menyertai semula BRC musim ini.
“Kami menyasarkan untuk kempen penuh tetapi sedang mencari sokongan untuk melakukan musim ini, tetapi berdepan dengan nama-nama dalam senarai penyertaan akan menjadi pengalaman yang hebat. Ia bagus untuk membawa Proton kembali ke BRC juga. Kami terlibat dengan Satria pada tahun 2016 jadi Iriz berasa seperti ia juga berada di sini. Ia tidak mudah, tetapi kami akan melakukan yang terbaik pastinya”, ujar Ollie Mellors.
Ollie Mellors menghabiskan sebahagian besar perlumbaan tahun 2022 di Perancis, dengan permukaan aspal bersama Proton Iriz Rally2. Beliau juga mewakili Britain dalam FIA Motorsport Game. Ollie Mellors juga berjaya meraih kemenangan di Fourmies en Avesnois.
Untuk rekod Ollie Mellors adalah merupakan anak kepada Prinsipal Pasukan, Chris Mellors yang juga merupakan juara BRC sebanyak empat kali.

BRC musim 2024 ini akan menampilkan enam perlumbaan dengan North West Stages Rally 2024 akan menjadi pembuka tirai pada 22 dan 23 Mac nanti.
Musim lalu saingan BRC menyaksikan pemandu Perancis daripada pasukan M-Sport Ford Adrien Fourmaux muncul juara keseluruhan bersama jentera Ford Fiesta Rally2. Bagi BRC 2024 ini, pasukan M-Sport Ford akan mempertaruhkan pemandu baharu, Garry Pearson dan Max McRae bersama jentera Ford Fiesta Rally2 yang telah dikemaskini.
BACA : ADRIEN FOURMAUX ADALAH JUARA BRITISH RALLY CHAMPIONSHIP 2023
BACA : BRC 2023 – ADRIEN FOURMAUX JUARA DI MODERN TYRES ULSTER RALLY