Artikel Pilihan

WRC2 – KATEGORI WRC YANG TIDAK KURANG HEBATNYA

Dalam perlumbaan FIA Word Rally Championship (WRC) bagi kategori WRC-2, pasti agak asing di pendengaran kita. Tapi sebenarnya, WRC2 ini juga tidak kurang hebat saingannya. Sebagai kategori kelas kedua dan merupakan kelas sokongan kepada kategori utama, sudah tentu peranan WRC2 ini turut penting dan bukan hanya sekadar pelengkap jadual.

Sedikit imbasan lalu, asal kategori ini bermula dengan siri Production World Rally Championship (PWRC) bermula tahun 1987 dengan disertai oleh kereta rali Super 2000 (S2000) dan juga Group N4 yang mana kemudiannya siri baharu perlumbaan Super 2000 World Rally Championship (SWRC) telah diasingkan khusus untuk kereta rali Super 2000 diperkenalkan bermula tahun 2010.

Kemudiannya pada tahun 2013, kelas Supe 2000 ini telah digantikan dengan kelas baharu oleh FIA, R5. Mana – mana kereta rali di bawah kelas R5 ini harus menjalani proses homologasi yang mana produksi kereta rali ini berasal daripada kereta produksi massa yang menggunakan enjin 1600cc berkuasa turbo.

Itu jam beberapa model awal R5 telah pun dihasilkan seperti Ford Fiesta R5 (2013) dan juga Citroen DS3 R5 (2014). Kemudiannya muncullah beberapa kereta rali dengan spesifikasi R5 seperti Citroen C3 R5, Hyundai i20 R5, Skoda Fabia R5 dan tidak lupa juga Proton Iriz R5.

Kemudiannya kategori sokongan ini telah diperkemaskan semula dengan pengenalan kelas baharu, Rally2 dengan kereta rali R5 masih lagi menjadi tunjang utama bagi kelas ini sebelum secara beransur kereta rali kelas R5 ini berubah kepada kelas Rally2. Spesifikasi kereta rali R5 / Rally2 ini masih lagi sama dengan beberapa pengenalan model baharu turut diperkenalkan seperti Ford Fiesta Rally2, Hyundai i2O N Rally2, dan juga Skoda Fabia Rally2 evo serta Skoda Fabia RS Rally2.

Dan model yang paling baharu dinanti sudah tentulah Toyota GR Yaris Rally2 yang masih lagi dalam proses sesi ujian sebelum ianya siap sepenuhnya pada tahun hadapan.

Sebagai kategori sokongan WRC-2, ianya adalah sebagai medan untuk mencari bakat baharu sebelum dilamar oleh pasukan utama dalam kelas premier, WRC. Sebagai contoh, Kalle Rovanpera sendiri pernah bergelar juara WRC-2 Pro pada tahun 2019 dengan memandu bersama pasukan Skoda Motorsport. Usai berjaya, beliau terus dilamar secara rasmi oleh pasukan utama Toyota Gazoo Racing. Begitu juga dengan pemandu muda dari Perancis, Pierre-Louis Loubet yang kini telah menjadi pemandu bagi pasukan utama M-Sport Ford.

Walau dianggap sebagai kategori / kelas sokongan, namun sebenarnya WRC-2 ini juga berfungsi sebagai talian hayat buat mana – mana pemandu utama yang kehilangan kerusi jentera Rally1. Bekas pemandu utama WRC seperti Oliver Solberg dan juga Andrien Fourmaux kini masing – masing memandu Skoda Fabia RS Rally2 dan Ford Fiesta Rally2.

Walau bagaimana pun, untuk kutipan mata bagi WRC-2 ini agak unik sikit. Setiap pemandu daripada pasukan utama hanya boleh memilih tujuh pusingan daripada kalendar perlumbaan yang ada untuk kutipan mata. Bermakna, sebelum bermula musim WRC bermula, para pemandu harus memilih venue yang dirasakan mampu memberikan kelebihan buat mereka. Dengan lima venue utama harus berada di Eropah. Walau bagaimana pun, hanya enam keputusan terbaik sahaja akan dikira kutipan mata daripada maksimum tujuh venue perlumbaan yang dipilih.

Dengan kehadiran pemandu muda dan juga bekas pemandu utama WRC, sudah pastinya saingan WRC-2 musim ini dilihat lebih mencabar.

BACA : OLIVER SOLBERG AHIRNYA SAHIH BAKAL BERLUMBA UNTUK SKODA MUSIM HADAPAN

BACA : KALLE ROVANPERÄ – INILAH DIA JUARA WRC TERMUDA YANG PATUT ANDA KENALI

Google ads

B K

Back to top button