ADRIEN FOURMAUX ADALAH JUARA BRITISH RALLY CHAMPIONSHIP 2023
Pemandu Perancis Adrien Fourmaux telah berjaya menempatkan nama beliau dalam senarai tahta pemenang kejuaraan British Rally Championship musim 2023 apabila berjaya muncul juara Trackrod Rally Yorkshire yang berlangsung pada hujung minggu yang lalu.
Pemandu pasukan M-Sport Ford itu bersama Juruarah Alexandre Coria mempamerkan pemandaun yang handal sepanjang acara dua hari itu, mengembalikan prestasi yang cukup sempurna untuk memandu jentera Ford Fiesta Rally2 untuk memenangi rali keseluruhan sekali gus meninggalkan pemandu dari Scotland Garry Pearson untuk berada ditempat kedua keseluruhan dengan memandu jentera Volkswagen GTi Golf R5.
Pada perlumbaan yang berlangsung di hutan Yorkshire itu jelas mempamerkan kelebihan milik pemandu muda dari Perancis tersebut, apa tah lagi dengan pengalaman pemanduan di pentas WRC sebelumnya.
Dan pengalaman tersebut digunakan sepenuhnya sewaktu awal perlumbaan apabila beliau dikejar rapat oleh pemandu dari Scotland tersebut. Ternyata pengalaman beraksi di perlumbaan WRC membuktikan pengalaman adalah segalanya.Apatah lagi Adrien Fourmaux hadir dengan reputasi yang tinggi bersama pasukan M-Sport Ford.
Dengan kemenangan selaku juara British Rally Championship (BRC) ini, Adrien Fourmaux berjaya menempatkan nama beliau sebaris dengan dewan kemahsyuran yang ada seperti Colin McRae, Richard Burns, Stig Blomqvist, Ari Vatanen serta Elfyn Evans.
Sementelah kejayaan di BRC ini, kini tumpuan Adrien Fourmaux adalah menghabiskan baki musim kalendar WRC dalam kelas WRC2. Prestasi beliau dalam WRC2 semakin baik dan bagus. Sewaktu di Greece, pemandu Perancis ini adalah pendahulu sebelum mengalami masalah tayar pancit yang menyebabkan beliau berada di tempat ke 12. Namun Adrien Fourmaux kekal menampilkan pemanduan yang handal apabila berjaya menduduki tempat keempat dalam kelas akhirnya.
Sudah tentu Adrien Fourmaux menyimpan hasrat untuk kembali ke pentas utama dan memandu semula jentera Rally1. Dan dengan prestasi yang ditunjukkan, beliau sudah lebih bersedia untuk kembali memandu jentera Rally1 berbanding tahun sudah ketika pertama kami beraksi dalam kelas utama tersebut.
Ketika ini, Adrien Fourmaux berada di tempat kelima keseluruhan dengan mengumpul 67 mata di belakang Sami Pajari (71 mata), Gus Greensmith (80 mata), Yohan Rossel (92 mata) dan juga Andreas Mikkelsen (108 mata)
BACA : BRC 2023 – ADRIEN FOURMAUX JUARA DI MODERN TYRES ULSTER RALLY
BACA : BRC 2023 – ADRIEN FOURMAUX MENANG SEKALI LAGI. KALI INI DI JIM CLARK RALLY