Buletin

MAYAT DITEMUI DALAM PROTON WIRA BERKUNCI

Seorang lelaki berusia 43 tahun dikatakan hilang sejak beberapa hari lalu ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kereta di kawasan parkir berhadapan sebuah pasar raya di Seremban 2.

Ketua Balai Bomba Seremban 2, Mohd. Kamal Mohd. Timar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 7.31 malam.

Di lokasi kejadian, seorang lelaki memaklumkan bahawa rakannya tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta berkunci.

“Mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di kerusi pemandu dengan enjin masih berfungsi dan difahamkan kenderaan itu sudah berada di lokasi sejak tiga hari lalu,” kata Mohd. Kamal.

“Kami bertindak membuka kereta berkenaan serta mengangkat mangsa keluar sebelum petugas Kementerian Kesihatan mengesahkan lelaki itu meninggal dunia lebih daripada dua hari,”

Jelas beliau, pihaknya telah menyerahkan mayat kepada pihak Kementerian Kesihatan dan pihak polis untuk siasatan lanjut. – Kosmo! Online

Google ads
Back to top button