Buletin

AHOK DILANTIK SEBAGAI PRESIDEN PERTAMINA. TUGAS BERAT MENANTI

Menteri Badan Usaha Milik Negara Indonesia, Erick Thohir mengesahkan bahawa bekas gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok akan dilantik sebagai Presiden Pesuruhjaya syarikat petroleum Indonesia, Pertamina.

Insya Allah, President Joko Widodo telah bersetuju atas lantikan Pak Basuki,” kata Erick ketika ditemui media di Istana Presiden di Jakarta, Jumaat lalu.

Ahok akan dibantu oleh timbalannya, Budi Gunadi Sadikin. Erick juga mengumumkan lantikan presiden firma penyedia telekomunikasi, Telkomsel, Emma Sri Martini sebagai pengarah kewangan Pertamina yang baru.

Emma akan menggantikan Pahala N. Mansury yag dilantiksebagai Presiden Bank Tabungan Negara (BTN). Memandangkan Pertamina bukanlah sebuah syarikat senaraian awam, maka lantikan itu boleh berkuat-kuasa serta-merta.

Ditanya apakah alasan Ahok dipilih oleh Jokowi, Erick menjelaskan Pertamina mempunyai tugas berat seperti mengurangkan import minyak dan gas.  

Justeru, beliau mahukan satu pasukan yang mantap dan tiada drama. Lagipun, Ahok dikatakan mempunyai integriti dalam melakukan pengawasan firma penting Indonesia itu.

Pelantikan Ahok mencetuskan perbezaan pendapat berikutan beliau sebelum ini pernah dihukum penjara selama hampir dua tahun atas dakwaan menghina agama.

Biarpun begitu, Jokowi melihat Ahok sebagai calon terbaik untuk menggantikan penjawat sebelum ini yang menjadi suspek kes rasuah.

Bekas ketua pegawai eksekutif Pertamina juga telah dihukum penjara selama lapan tahun atas tuduhan rasuah.

Google ads
Back to top button